Friday, 31 May 2013

Apa Jaminanmu?

Bismillahirrahmannirrahim.

Ingin aku berkongsi satu kisah yang dikongsikan dalam bulatan gembira kami, yang bagi aku amat terkesan dalam hati.

Kisah ini mengenai Saidina Abu Bakar As-siddiq dan Bilal bin Rabah, dua sahabat Rasulullah SAW yang amat hebat perwatakannya. =)
Kisah ini berlaku ketika Bilal, hamba kepada Umayyah bin Khalaf masih lagi belum memeluk Islam. Pada suatu hari, ketika Bilal sedang melakukan rutin hariannya bekerja, datang Saidina Abu Bakar membantunya sehingga selesai. Bilal pun kehairanan kerana seorang yang terhormat seperti Abu Bakar membantu kerja seorang hamba seperti dirinya. Setelah selesai pekerjaan tersebut, mereka berdua pun berehat untuk melepaskan penat .Ketika sedang berehat inilah, berlakunya perbualan antara mereka berdua.
Abu Bakar berkata kepada Bilal, “mahukah kau mendengar cerita kebenaran dariku?” Lalu, Bilal pun menjawab, ”lebih baik kau ceritakan kepadaku pada esok hari sahaja kerana aku sudah letih”. 

Mendengar jawapan Bilal itu, Abu Bakar pun berkata,”Apakah yang dapat menjamin kau HIDUP pada esok hari untuk mendengar ceritaku?”

Bertitik tolak dari kata-kata Abu Baka ritulah yang menyebabkan Bilal bin Rabah memeluk agama Islam yang suci pada waktu itu. =’)

Dialog yang sungguh terkesan pada diri bila mendengar kisah ini, “APA YANG DAPAT MENJAMIN KAU HIDUP PADA ESOK HARI UNTUK MENDENGAR CERITAKU?”

Allahu Allah! 
***
Siapa lagi yang dapat menjamin kita MAMPU hidup pada esok hari???
Adakah kita dapat menjamin kelopak mata kita MAMPU terbuka pada esok hari sesudah kita tidur?? 
Adakah kita MAMPU menghirup kembali udara segar keesokan hari??
Sudahtentu kita TIDAK MAMPU..! Kerna yang MAHA BERKUASA itu hanya ALLAH SWT!! DIA lah yang MAHA MENGHIDUPKAN dan MAHA MEMATIKAN seseorang hambaNYA.

Jadi, bila mana kebaikan perubahan dan tarbiyyah itu sudah sampai pada diri kita, 
adakah kita harus menangguhkan peluang itu??
Adakah bila diri sudah dimamah usia baru kita hendak mengubah diri??

ALLAHU, ajal itu tidak mengira usia! =’(

ISLAM itu seperti keretaapi yang sedang bergerak di landasan, ia akan terus bergerak menuju ke destinasi yang terakhir iaitu KEJAYAAN (AL-HAQ). Apabila ia berhenti di hadapan kita, ia terpulang pada kita sama ada hendak menaikinya bersama orang-orang beriman ataupun kita membiarkan ia bergerak pergi. 
***
Tetapi, soal diri kita semula, adakah aku MAMPU untuk hidup pada keesokan hari untuk menaikinya semula?
****
awak-awak semua! nak masuk syurga tak? jom kita jadi HambaNYA yang osem!
:'D inshaaALLAH.!


Wallahualam.
Semoga bermanafaat. Sungguh diri ini jua masih belajar. =’) 

aBIbu <3

Monday, 27 May 2013

'Sibghah' Allah Yang Sebenar


“Sibghah” yang sebenar

Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk menggunakan nikmatNYA di atas muka bumi ini.
Sibghah? Apa itu sibghah? Sibghah secara kasarnya bermaksud “celupan”. Celupan yang bagaimana, inshaAllah akan dikongsikan bersama dalam entri kali ini. =)
Sebelum itu, nak “share” dulu ayatul Quran yang menyebut tentang sibghah ni :D
2:138



Dalam ayat ini menegaskan bahawa “celupan” yang paling terbaik ialah “celupan” Allah SWT yang telah mencorakkan seluruh kehidupan hambaNYA dengan corak ISLAM yang sebenar.

Apa yang dimaksudkan pula dengan “celupan” Allah itu?

Mari kita bayangkan satu analogi :D
Kita ambil satu kain tuala/napkin dan kita celupkan ke dalam laut yang serba luas. Apa yang kita dapat lihat selepas itu? Sudah tentu kain tersebut basah kerana air laut telah meresap ke dalam kain bahkan meresap sehingga ke siratan benang kain tersebut!
Begitulah apa yang dimaksudkan dengan “celupan” Allah! Menusuk sehingga ke dalam lubuk hati seseorang hamba yang benar-benar BERIMAN! SUBHANALLAH!

Persoalannya, mengapa pentingnya kita benar-benar termasuk dalam golongan yang mendapat “celupan” ALLAH SWT?

Kerana dalam al-Quran telah disebutkan;
2:208

Haruslah kita masuk ke dalam ISLAM secara menyeluruh! Bukannya secara separuh atau ambil apa yang disenangi oleh diri kita. :D

Kerana itu, pentingnya “Celupan” ALLAH kerana itulah corak ISLAM yang sebenar! =D
Jadi, jom kita sama-sama terjun ke “celupan” ALLAH!! INSHAALLAH! =D
Moga perkongsian ini bermanafaat! Sungguh diri ini juga masih belajar seperti antum semua :’)
Wallahualam.


Thursday, 16 May 2013

Macam Mana Nak Jadi Baik?

Bermonolog dalaman sendiri tatkala diri ini terdiam muhasabah ;
"Macam mana nak jadi baik?"

Dan, ALLAH itu Maha Penyayang. =')

Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati,kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.

***

Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. 
Abu Hurairah bertanya, "bagaimanakah keadaan orang yang sedemikian?" 
Rasulullah SAW menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

***
"Tapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat,bagaimana?"
Maka, yang harus diperbaiki ialah mutu solatnya. Bila solat baik, inshaaALLAH orang itu akan jadi baik. Allahu Allah. Solat itu benar tiang agama!

Bagaimana nak perbaiki solat?
Maka,mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat. Rukun fi'li/perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul,rukuk,sujud dan sebagainya.
Kemudian, perkasakan rukun qauli, pada makna bacaannya dilidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

***
Jangan kita sekadar baca sahaja Surah al-Fatihah itu, tapi maksudnya kita tidak tahu. Bila kita tidak faham akan sesuatu itu, sudah pasti kita tidak akan fokus padanya.
begitu juga saat rukuk, sujud dan etc. bila maksud bacaan difahami, akan mengalir darah takut, harap, kagum, malu dan hina kita dihadapanNYA. saat itu, kita akan khusyuk dalam solat!

Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata. =')

***
Aku kira, inilah punca segala maksiat.
punca segala keruntuhan moral. 

Jika ingin disesuaikan dengan situasi sekarang, 
dimana rakyat bangkit menentang kerajaan, 
dan menginginkan parti pembangkang menang dalam PRU13 itu, 
sesuatu yang harus dikagumi kerana, sedar tidak sedar, ramai yang inginkan pemerintahan yang adil dan berada dalam pemerintahan yang mana Islam menjadi tonggak. 
tapi, ALLAH Maha Mengetahui. Muhasabah diri kembali. 

Kita inginkan pemerintahan Islam, 
tetapi betapa ramai antara kita yang solatnya terumbang-ambing?
tidak cukup 5waktu. 
tidak sempurna pula tu.
masih dengan sikap berfoya-foya. 
masih dengan arak dan judi.
dimana Islam? dimana kita?
dimana AL-QURAN dan AS-SUNNAH?
dihati kita atau sekadar ada di smartphone kita sahaja?
yang tidak terusik?

Oh kau kau kau dan aku!
Oh kita!
Pernahkah kau menyangka yang kita ini sudah jauh dari kehidupan islam yang sebenar?

tengoklah perjuangan Rasullulah SAW! Betapa baginda menyerahkan seluruh kehidupan baginda untuk Islam. kita bagaimana? Terutama sekali si rijal! 
Oh Al-Rijal!
Bangkitlah! 
Walau kamu memang tidak mampu menjadi sehebat Rasulullah SAW,

Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari) 

Walau kamu mungkin tidak mampu menjadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh,
yang tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh! 

Bangkitlah!
Mari mendaki sama-sama. 
Dipuncak nanti, kita jumpa kebahagiaan! InshaaALLAH! 

oh! Bukan untuk si rijal sahaja.
Untuk kita. wahai srikandi! :')

***
Allahu Allah.
Jauhnya aku dariMU.
Jauhnya aku jika ingin dibandingkan dengan para solihin.







Buat Apa Yang Betul, Bukan Apa Yang Anda Fikir Betul


Masih terngiang-ngiang pesanan dari ustaz dahulu;
“Buat apa yang betul, Jangan buat apa yang anda fikir betul!!”
Kami yang masih naïf ini pun mengangguk-anggukkan kepala kami sebagai tanda sepertinya faham termasuklah diri aku sendiri.Faham yang bagaimana, diri sendiri masih tidak dapat menafsirkannya pada waktu itu.Bagi kami, mungkin Ustaz mahu kami “follow” segala peraturan sekolah dan bukan buat mengikut “pemahaman” kami mengenai peraturan sekolah. Al maklumlah, masih berhingus lagilah katakan….hihihi ^_^


Sekarang, bila mana umur dah menginjak naik, alam persekolahan yang di rindu itulah yang banyak mencorak langkah diri ini, dan barulah aku sedikit sebanyak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh ustaz pada waktu itu.
Mengapa perlu buat apa yang betul? Dan bukan buat apa yang kita fikir betul?
Jawapannya mungkin sebegini..

Potongan ayatul Quran ; SURAH AL-BAQARAH : 216



Apa yang aku boleh kaitkan dengan potongan ayat ini, bukan kita yang menentukan apa yang terbaik untuk kita, tapi ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita =)
Berbalik pada frasa yang aku sebutkan tadi, seharusnya macam inilah kita bila mana mempraktikkan SURUHAN ALLAH SWT. Kita kena buat apa yang benar-benar di suruh oleh ALLAH dan bukan apa yang kita rasa Allah nak kita buat. Nauzubillah!
Banyak situasi yang masyarakat hari ini yang masih tak sedar mereka hidup berdasarkan apa yang mereka fikir mereka harus lakukan, termasuklah diri ini..=’(  Ada yang nak kaya, nak berkereta mewah, berkerjaya tinggi dan macam-macam lagi…

Dan, manusia itu, macam-macam jenis. Bila kita ikut suruhanNYA, muncul pula manusia yang suka mengkritik. Arghh! tapi, inilah kehidupan! ramai fikir, mereka dah buat benda yang mereka fikir mereka betul instead of buat apa yang benar-benar betul.

***
Flashbacking.
Teringat kala diri ini dikiritik dengan mereka yang mungkin punya hati yang buta. Boleh click link dibawah untuk tahu lebih lanjut :
http://kameralamakamerabaru.blogspot.com/2012/12/dikritik.html

Seharusnya kita sedar bahawa tujuan hidup kita yang utama adalah :

1) Sebagai seorang khalifah Allah
2) Untuk beribadat kepada Allah

Nampak “simple” kan?? Sebenarnya tidak semudah yang disangka! Tapi, bukan ke ALLAH itu ar-Rahman dan ar-Rahim?

Sebab itulah kita ada dua sumber utama sebagai panduan! Yakni AL-QURAN dan AS-SUNNAH =) Dua petunjuk utama kita kearah ISLAM yang sebenar, InshaaALLAH!!

Konklusinya, hidup kita ini kena lah berdasarkan apa yang seharusnya betul ,bukan ikut apa yang kita fikir betul! =)

InshaALLAH, pesanan ini untuk diri sendiri juga kerana diri ini juga masih belajar.
Selamat beramal!!! :D

<3 Abi & Ibu. Wink-wink! *_^







Thursday, 18 April 2013

Maka Jadilah Seperti Lebah

Waktu istirehat adalah waktu yang dihabiskan oleh manusia seorang diri. Maka hendaklah dia meneliti tentang kekuasaan Allah.
***
bismillahirahmanirrahim.
MAKA JADILAH SEPERTI LEBAH.

antara lebah, labah-labah dan semut. yang mana kamu pilih?
Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurangan tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. tapi jika diberi pilihan, antara 3 ini, manakah yang akan dipilih?

"hanya orang yang berilmu dapat memahaminya"

labah-labah kah? *tekan link bawah*

lebah kah? *tekan link bawah*


atau semut kah? *tekan link bawah*

Dan dalam Quran telah dijelaskan hal ini  *tekan link bawah*

antara lebah, labah-labah dan semut. yang mana kamu pilih?
pasti kamu sudah punya jawapan kan? =')

Firman Allah swt:
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ [العنكبوت: 41

"misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan" – Surah al-‘Ankabȗt (41)

Ayat membentangkan perumpamaan yang diberi oleh Allah swt menyamakan orang-orang menyekutukanNya dan sekutu-sekutu selainNya adalah seperti labah-labah yang membina sarang yang menakjubkan dari rupa dan bahan binaannya.
Allah swt membentangkan perumpamaan demikian untuk menunjukkan hinanya perbuatan menyekutukanNya. Golongan yang menyembah selain Allah berdoa kepada makhluk yang dianggap sebagai tuhan, mengharapkannya dan takut kepadanya sepertimana orang beriman berdoa, mengharap dan takut kepada Allah. Sedangkan ia adalah syirik yang paling besar yang ditegah orang para rasul-rasul Allah dan kitab-kitab yang diturunkan olehNya. Allah mengkafirkan orang menyekutuiNya dan menghalalkan darah dan harta mereka untuk orang-orang beriman.

Kita ikuti kata-kata mufassir dahulu, al-Tabari berkata: “maksud firman Allah tersebut (Surah al-‘Ankabȗt: 41): perumpamaan orang-orang yang menjadikan tuhan-tuhan dan berhala-berhala selain sebagai tempat mereka berharap pertolongan dan manfaat ketika diperlukan ialah mereka tenggelam dalam kelemahan jiwa, kegelapan hidup dan kesilapan pilihan untuk diri mereka sendiri seperti labah-labah yang lemah membina sarang yang megah tetapi sarangnya tidak dapat membantunya ketika ia memerlukannya. Begitulah perihal orang-orang musyrik, berhala-berhala mereka tidak membantu mereka dan tidak dapat menyelamatkan dari kemurkaan Allah”.
Ibn Katsȋr berkata: “perumpamaan yang Allah swt bentangkan tentang orang-orang yang melantik tuhan selainNya serta mengharapkan pertolongan dan rezeki darinya, dan berdoa kepadanya saat kesusahan maka mereka seperti berada pada sarang labah-labah yang rapuh dan lemah. Mereka tidak dapat mencapai pertolongan tuhan mereka seperti orang yang berpaut pada sarang labah-labah tetapi sarang itu tidak memberikannya sesuatu pun. Jika mereka mengerti hal ini, mereka tidak akan melantik tuhan-tuhan selain Allah swt. Lain halnya orang-orang beriman yang jiwa mereka berpaut pada Allah. Mereka melakukan amalan baik dengan mengikut syariat, maka mereka telah berpegang dengan tali yang utuh tidak akan putus kerana kekuatannya dan keteguhannya. =')


Sekeji-keji rumah adalah rumah yang tiada kasih sayang:  labah-labah betina akan memakan si jantan sejurus selepas mengawan, si anak-anak memakan sesama sendiri kerana terdesak, si jantan melarikan diri kerana ditakuti nyawanya melayang. Rumah yang demikian hanya dibina untuk kepentingan kebendaan dan keduniaan yang sementara. Apabila tiada lagi kepentingan dan manfaat, rosak hubungan di antara penghuni-penghuninya. Si betina mulanya cuba menarik perhatian si jantan ketika ingin mengawan dan berusaha menghabisinya selepas itu. Maka, si jantan melarikan diri demi hidupnya dari keganasan si betina dan gigitan beracun yang boleh membunuh.Begitu sebuah sarang yang didiami anak-anak labah-labah dengan tenang dan tunduk di bawah naungan si ibu. Sehingga apabila kuat naluri pemangsa dan berbisa sengatan mereka, mereka ‘menderhaka’ ibu mereka lalu membaham dan memakannya. Sudah si bapa lari dari kejahatan si ibu, mereka pula yang memakan ibu mereka sendiri. Beginilah perumpamaan rumah di mana si anak ‘menghalau’ ibu dan bapanya, kadang-kadang si anak membunuh kedua-duanya demi mendapatkan ruang untuk pasangan dan anak-anaknya.
manakala semut pula..

rajin. tetapi tamak. =')

tapi berbeza pula dengan lebah..

Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa, boleh dijadikan ubat.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

ALLAH meyuruh kita berbuat kebaikan.
=')
Kita ini pendosa. sedar atau tidak.hari demi hari, kita makin menghampiri tarikh mati kita.
tidakkah kamu terasa umurmu semakin pendek?
hei manusia! selamat pendek umur! *tekan link dibawah*


http://kameralamakamerabaru.blogspot.com/2013/03/selamat-pendek-umur.html

yaALLAH. sungguh aku pendosa! argghh! aku manusia yang tak pernah serik! ='(

sedarlah. kita hidup dimuka bumi ALLAH ini bukan untuk bersuka ria. dan bukan untuk berlagak! jangan kau terlalu bangga dengan aoa yang kau miliki sampaikan kau tidak punya masa untuk bersyukur padaNYA dan terus, kau ingkar padaNYA! 
Nauzubillah!
kejayaan sebenar kita adalah kelak.
bukan sekarang. selamat menanam. dan moga hasilnya lumayan kelak! 
kita hidup untuk mati. dan mati untuk hidup yang sebenar-benar hidup!

maka, jadilah seperti lebah.
 “Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.”





Wednesday, 17 April 2013

SEMUT

Pesanan ; entri kali ini akan berantai dengan entri yang akan datang. diri ini perlukan masa untuk belajar sendiri setelah beroleh ilmu dari yang arif. =')

***
saya kira saya tak nak sentuh part semut. tapi rasanya, lagi complete kalau bercakap jugak pasal ni. jadi, sedikit info pasal semut yang saya dapat melalui pembacaan;

semut ni, betullah, sangat kuat. sangat rajin.Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati.masa kecik-kecik dulu, selalu kita matikan semut kan? then tengok rakan seperjuangan semut itu mengusung semut yang dah kita matikan tu. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

dan, pernah tak anda perasan, bila mereka bertembung antara satu sama lain apa mereka buat? =)
orang barat kata ;
jom click link ni, and baca! :) http://melayukini.net/2012/10/mengapakah-semut-berhenti-apabila-bertemu-semut-yang-lain/

tapi dalam Quran, ALLAH dah bagitau, yang semut ni boleh berkomunikasi!! =)

Semua sangat rajin! sedangkan kita, haih, -_-
tapi at the same time dia tamak! =) kita pun camtu jugak kan? eh, ke x? =)

tapi, saya ada satu cerita nak kongsi pasal semut. inshaaALLAH. saya kira, sangat bermanfaat. semoga dapat ibrah dari kisah ini =)
***
BELAJARLAH DARI SEMUT!

Kisah Nabi Sulaiman dan Semut.

Nabi Sulaiman bertanya pada semut tentang berapa banyak makanan yang dia perlukan untuk hidup dalam tempoh 1tahun. dan, semut tu menjawab ; ia hanya perlukan makanan gula sebesar sebutir beras gandum.
Jadi, Nabi Sulaiman pun bagi la gula sebesar sebutir beras gandum pada semut itu dan meletakkan semut itu didalam botol dan mulut botol itu ditutup.

cukup 1 tahun, mulut botol itu dibuka oleh Nabi Sulaiman.
Yang peliknya, hanya separuh sahaja daripada gula yang habis dimakan semut itu.

Nabi Sulaiman bertanya ;
"kenapa separuh sahaja makanan yang dihabiskan?"
sedangkan semut berkata dia perlukan makanan sebesar sebutir buah gandum untuk hidup 1tahun.

Sang semut menjawab ;
jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh ALLAH dan dia yakin ALLAH pasti akan mencukupkan rezekinya. sebab itu diap tidak perlu risau dengan hakikat itu. tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil tindakan untuk berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya lebih dari tempoh 1tahun.

***
disini, semut lebih yakin dengan jaminan ALLAH ketika diluar botol berbanding "jaminan" manusia ketika berada didalam botol.
inilah sifat tawakkal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut!
jangan sesekali bergantung sesama makhluk dalam soal rezeki. bergantunglah kepada ALLAH.

sebenarnya, segala yang ada dialam ini,
ada sebab kenapa ALLAH jadikan sesuatu tu.

macam kita.
kenapa kita ada?
untuk apa?
dan kemana kita selepas ini?

semasa ALLAH memberitahu malaikat yang Dia ingin menciptakan makhluk lain, para malaikat khuatir. khuatir jika mereka saling bertengkar, saling bunuh membunuh, berebut kuasa sehingga terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas muka bumi yang Tuhan ciptakan.

tapi ALLAH dah berfirman bagi menghilangkan kekhuatiran para malaikat dengan ayatNYA yang bermaksud ;
"Aku ketahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang akan mengetahui hikmah penguasan Bani Adam atas bumi-Ku. bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu dihadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana ALLAH SWT melarang hambaNYA beribadah kepada sesama makhlukNYA."

*semoga tak pening dengan entri kali ini*
=D

apa yang baik, ambik. mana yang kurang mohon maaaf.
mana yang tak elok, buang jauh2! ;)



Tuesday, 16 April 2013

Dalam Surat Cinta-NYA.

Pesanan ; entri kali ini akan berantai dengan entri yang akan datang. diri ini perlukan masa untuk belajar sendiri setelah beroleh ilmu dari yang arif. =')
***
alhamdulillah, sekurang-kurangnya diri ini tahu lebih mendalam walaupun serba sedikit pasal lebah dan labah-labah.
***
Dan dalam surat cintaNYA yang sering kali aku abaikan itu, telah jelas Allah bercerita soal lebah dan labah-labah.
jom bedah quran!

An-Nahl ayat 68-69




"bagi orang yang mahu berfikir"
=') pernah tak kita ambil tahu pasal lebah? bagaimana kehidupannya? sebab dengan sikap ambil tahu itu nanti lah, kita mampu relate kehidupan si lebah ini dengan kita. samaada kita mahu jadi seperti lebah atau labah-labah.
atau mungkin kita mahu jadi seperti semut?
*maaf, saya tidak sentuh part semut*

Al-Ankabut ayat 41-43








selagi lagi ALLAH bagitau, "hanya orang-orang yang berilmu dapat memahaminya"

so, anda rasa anda faham x apa yang ALLAH cuba nak sampaikan pada kita?
=) selamat berfikir!

mohon maaf atas segala kekurangan. semoga bermanfaat!
InshaaALLAH, nantikan sambungannya.!