Sunday 23 June 2013

SAMA YANG TIDAK SERUPA

Assalamualaikum semua. 
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu yang serba kekurangan pada entri kali ini 

Islam atau islam?? Eh eh kejap…bukan perkara yang sama ke?? Apa yang bezanya??
Haaaa…awak-awak sekalian…
Ada beza tau sebenarnya dua perkara ni..Nampak sama tapi tak serupa…^_^
“yang satu tu huruf I besar, satu lagi pulak huruf I kecil…” hehehe.

Mari belajar Bahasa Melayu sikit!! 
Dari segi tatabahasanya, ‘Islam’ adalah kata nama manakala ‘islam’ pula adalah kata sifat/kata kerja.
Haaaa…kan tak serupa tu?????????

Errr...Masih tak jelas ke???
Macam ni…
Kata nama digunakan bagi menggambarkan identiti atau kategori sesuatu subjek. Ia mengkategorikan sesuatu subjek mengikut ciri-ciri umum yang terdapat pada subek tersebut. Contohnya, kata nama ‘kereta’ digunakan bagi mengkategorikan pelbagai jenis jenama kereta macam Mercedes,BMW, Ferrari, dan Proton ke dalam suatu kumpulan. Jadi, apabila seseorang itu mengatakan dirinya menganut agama Islam, maka dia merujuk dirinya sebagai termasuk dalam kategori tersebut.

Manakala, ‘islam’ pula dikategorikan sebagai kata sifat kerana kata sifat digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu. Contohnya, frasa ‘cantik’ adalah kata sifat untuk menerangkan keindahan sesuatu objek. Jadi, bila seseorang itu ‘islam’, dia menjelaskan bahawa dia seorang yang mempraktikkan ajaran yang terkandung dalam agama tersebut, InshaaAllah
.
Untuk lebih mudah, jom kita bandingkan kedua-dua frasa ni..
Apabila seseorang itu mengatakan dia Islam, dia hanyalah menerangkan bahawa dia menganut agama tersebut. Boleh jadi dia tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam agama Islam itu sendiri. Contoh paling mudah, cuba lihat pada I/C kita semua, agama kita tercatat sebagai Islam bukan?? Tapi, persoalannya, berapa ramai yang dikatakan Islam ini yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam yang sebenar??
*DUSHDUSH* T_T (nangis laju-laju)

Namun, bilamana dikatakan seseorang itu islam, InshaaAllah dia seseorang yang beramal dengan apa yang diajar dalam agama tersebut. Ini kerana islam itu adalah kata sifat, yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu.

Jadi, apa yang sebenarnya, sudah tentu,kita mahukan seorang ‘Islam’ yang ‘islam’!! Seseorang yang Muslim juga mengamalkan apa yang dituntut dalam agama itu sendiri…^_^
Harapnya, penerangan ini membantu kita untuk lebih istiqamah dalam “ad-din” ini InshaaAllah.. :’)
Selalukanlah dan biasakanlah untuk menyoal diri kita setiap saat,
“Aku ni Islam hanya pada nama ke, ataupun islam yang benar-benar mengamalkan apa yang dituntut dalam agama?”
Ataupun “ Aku ni Islam yang islam ke?” 
InshaaAllah. 

Wallahualam.
Moga bermanafaat.




No comments:

Post a Comment