Friday 14 June 2013

Antara Dua Darjat

Assalamualaikum! InshaaAllahentri kali ini nak berkongsi tentang dua darjat. =)

Aku sering perhatikan sahabat-sahabat berkongsi aktiviti harian mereka di laman sosial.Kisah gembira, sedih, stress dan sebagainya…
Ada yang “berkicau”(tweet) tentang kesusahan menjawab soalan peperiksaan akhir semester, “Ya Allah, susahnya soalan final tadi! Menyesal taks tudi betul-betul!”
Ada pulak yang meluahkan kekecewaan gagal dalam peperiksaan di “mukabuku”,
“ Arggghhh…! Teruk gila result aku… Rasa macam dah studi gila-gila dah….”
Kemudian, akan adalah rakan-rakan yang prihatin memberi komen, menekan “suka” (like) dan “berkicaubalik” (retweet) sebagai tanda memberi sokongan kepada rakan yang meluahkan masalah itu.

Terlintas pula satu hal dalam mindaaku, kenapaa ku perlu ‘share’ masalah-masalah aku dekat laman-laman sosial? Kerana nak tenangkan hati? Nak isi kekosongan?Perlukan cadangan/penyelesaian untuk selesaikan masalah kita?
Kalau itu sebabnya, kenapa kita tak ‘share’ masalah kita dengan Al-Khaliq (Yang MahaMencipta) ? Bukankah DIA yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang?
Persoalannya sekarang, DARJAT yang mana kita berada sekarang? Yang mana kita lebih mahukan, darjat disisi manusia ataupun darjat disisi Allah?

Kalau kita lebih pentingkan darjat kita disisi Allah, maka berDOAlah kepadaNYA sentiasa, tak kiralah bila kita susah atau pun senang, diberi nikmat atau pun dugaan sebab Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al-ghafirayat 60:



Awak, awak dan awak! Manisnya janji Allah pada hambaNYA, kalau kita memohon doa padaNYA, DIA akan perkenankan doa-doa kita. =’)
Agak-agaknyalahkan, boleh ke sahabat-sahabat kita janji macam ni??
 
Lagi satu perkara yang ‘best’, betapa ohsemnya hubungan Allah dengan kita, bila kita nak memohon sesuatu pada Allah, kita guna Aku,Engkau je…… ^_^tak perlu nak formal-formal pun…
Tapi, bila nak berurusan dengan orang atasan di pejabat, kena guna panggilan Tuan,Puan, Bos, Encik…. Bila nak berurusan dengan Raja pula, kena guna istilahTuanku, Patik… *winkwink*

Nampak tak sahabat-sahabat sekalian!! Ohsem tak hubungan Allah dengan hamba-hambaNYA ^_^ Hoooooyeaaaaah!

Kesimpulannya, utamakan darjat kita dengan DIA dulu ye, sebab itu kita punya tujuan hidup; untuk beribadah kepadaNYA bukan??=’)

Oppps!! Bukanaku kata tak boleh berkongsi di laman sosial, tapi fikir-fikirlah yang mana harus kita utamakan. =)
Tak salah berkongsi dengan sahabat. tapi biar kena caranya. inshaaAllah segalanya akan nampak manis jika kita mengutamakan Allah dulu, kemudian kita berkongsi dengan sahabat yang benar kita percaya dan yakin dia sangat empati pada kita. 

Moga bermanafaat. Selamat beramal!! Jom kita kuatkan ‘connection’ kita dengan ALLAH, dan kurangkan ‘connection’ kita dengan laman sosial! =) 

Awak yang comel. Awak yang hensem bergaya, gunakan laman sosial sebaik mungkin! Be profesional ye? =)

Sekian.Wallahualam.

abIbu <3





No comments:

Post a Comment