Friday 14 June 2013

Al-Kahfi

Salam Jumaat semua.

Dah beres baca al-Khafi?

Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum, boleh mulakan sekarang atau mungkin selepas baca entri ni! Ewah!
InshaaALLAH saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cerita yang terdapat dalam surah Al-Khafi  yang mungkin boleh kita ambil iktibar.
InshaaALLAH moga Allah redha.
*

Al-Kahfi. Surah ke 18 dan mempunyai 110ayat. Tak banyak, inshaaALLAH. Boleh habiskan membaca. Kalau duk menghadap novel beratus-ratu page, tak kan nak baca surah ni pun tak boleh kan? Eh. Adeh.  Nak ingatkan diri jugak ni. Pemalas jugak ni. Adeh. Tsk. Tsk =’)
*

Sebelum kita bedah dia, kita kena tahu kelebihan dia dulu. Baru timbul raa chenta. Yela, tak kenal, maka tak chenta. Aiwah! =)

Apa kelebihan surah ni?

Banyak hadis sahih yang sabit telah menerangkan tentang kelebihan surah ini. Antaranya ialah :
          Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan juga At-Tarmizi Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW,
“ Sesiapa yang menghafaz 10 ayat daripada awal surah Kahfi, terpeliharalah ia dari dajal”

Ada lagi hadis lain, hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan An-Nasai, daipada Abi Darda’ sabda baginda,
“Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir surah Khafi, terpeliharalah ia dari dajal”

Hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa membaca ayat-ayat daripada 10 terawal atau terakhir surah ini merupakan pemeliharaan daripada fitnah dajal.
Alhamdulillah. Sama-sama hafal mana yang belum.
*

Ok! Next! Kita bedah surah ni. Bismillah. =)
Surah ini dinamakan al-Kahfi kerana terdapat cerita-cerita penghuni gua yang dikenali sebagai ashabul khafi, yang mana terdiri daripada 7 orang pemuda beriman kepada Allah SWT sebagaimana firmanya di dalam al-quran.
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan untuk mereka petunjuk”
Kenapa penghuni gua? Mereka ini melarikan diri ke dalam gua kerana sayangkan akidah dan iman.  Dan mereka telah ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun.  boleh  rujuk surah ni, ayat 25.
“Dan mereka itu tinggal di dalam gua 300 tahun lamanya, dan ditambah lagi 9 tahun”

Kenapa mereka lari ke dalam gua?


Ok. Kalau kita tengok ayat pertama surah ni,

Ayat ini menyatakan tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT yang menjadi prinsip dan dasar akidah untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Kemudian terus diikuti dengan kisah pemuda yang beriman kepada Allah SWT yang berhadapan dengan Raja Deqyanus, iaiatu raja yang memaksa rakyatnya menyembah berhala. Kekufuran, kemungkaran yang dahsyat berlaku pada masa tu. Dan dalam suasana masyarakat jahiliah itulah Allah SWT melahirkan segolongan pemuda yang beriman. So mereka tak tahan dengan sikap raja tu, then mereka decide untuk lariiiiiiii. Guys, semata-mata untuk mejaga akidah dan iman! Dan bila sampai kat gua mereka ditidurkan oleh Allah SWT selama 309tahun.  Allahu Allah. Ingat, jangey takwil kijo Allah! Ewah! Kecek kelate sikit.
Semasa mereka tidur, matahari tak memancar kan cahaya kat badan mereka. Ini sungguh, tanda keagungan dan kebesaran Allah SWT! Allahuakabar!
Daripada kisah ini, ada 2 perkara yang kita boleh semat, dan dijadikan pengajaran.
    Iman mesti dijaga dan dipelihara.
  Jangan sesekali bersama masyarakat jahiliah!
Hah! Semoga kita semua dalam lindunganNYA. Amiin ya rabbalalamin.

Suka ambil ayat ini,
“Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji.” Al-Ankabut:2.

Next!
Surah ini juga ada menyebut mengenai kisah Nabi Musa a.s yang menuntut ilmu dengan nabi Khaidir a.s.
Ingat lagi?
Mari refresh balik!
Anda boleh semak surah al-kahfi ayat 60-82. InshaaALLAH, moga-moga dipermudahkan.

KISAH NABI MUSA A.S DAN KHAIDIR 

Ok. Nabi Musa a.s merupakan seorang nabi yang menunjukkan sifat tawaduk dan merendah diri kat Khaidir.Nabi Musa a.s datang kepada Khaidir dan nak belajar dengan Khaidir.  Dan Nabi Musa a.s ni juga tahu yang Allah SWT menganugerahkan ilmu laduni kepada Khaidir. Ilmu laduni – ilmu yang dapat mengesan perkara-perkara ghaib.
Khaidir cakap apa?
“Wahai Nabi Musa, sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menghadapi ilmu yang diberi oleh Allah kepadaku”
Jadi semasa nak memulakan perjalanan, Khaidir berpesan pada Nabi Musa, supaya jangan bertanya seberang perbuatan yang akan dilakukan.

Pitstop pertama, mereka bertemu seorang budak lalu Khaidir membunuh budak itu.
Nabi Musa as : “Mengapa dibunuh budak itu? Dia masih kecil dan tak buat silap apa-apa.”
Khaidir : “Kan aku dah pesan jangan tanya segala apa perbuatan aku?”

Pitstop kedua, mereka menaiki kapal. Tidak semena-mena kapal itu ditebuk oleh Khaidir sehingga menjejaskan keselamatan orang lain.
Nabi Musa as : “Kenapa tebuk kapal yang elok ni? Ini bukan milik kau. Ini harta kepunyaan orang lain”
Khaidir : “Kan aku dah pesan jangan tanya segala apa perbuatan aku?”

Pitstop terakhir, mereka sampai disebuah negeri yang rakyatnya bakhil dan tak meraikan tetamu. Dan khaidir lalu membaiki dinding sebuah rumah yang bocor.
Nabi Musa as : “Kenapa tolong orang macam ni?”
Khaidir : “Kan aku dah pesan jangan tanya segala apa perbuatan aku?”

Di sini detik pemisah Nabi Musa a.s dan Khaidir. Tapi sebelum berpisah, Khaidir bagitau akan hikmah dan tujuan perkara yang beliau telah lakukan.
*
Pitstop 1.
Khaidir berkata : “Ibu bapa budak itu adalah orang soleh. Mengikut ilmu laduni yang diberi Allah, kelak bila budak itu meningkat dewasa, budak itu akan menjadi anak derhaka. Jadi, daripada dia jadi anak derhaka, baik dia mati semasa kecil” 

Pitstop 2. 
Khaidir berkata : “Aku tahu tuan kapal tu orang baik. Aku tebuk kapal tu sebab kapal tu kaan menuju ke sebuah negeri yang rajanya akan rampas setiap kapal yang elok. So aku menebuk kapal itu seupaya rosak demi menyelamatkan kapal tersebut”

Pitstop 3.
Khaidir berkata : “dinding itu adalah orang yang soleh. Bawah dinding itu ada harta yang ditinggalkan oleh kedua orang tuannya. Justeru itu aku baiki dinding itu untuk keselamatan anak yatim itu dan juga hartanya. Inilah ilmu yang diberikan Allah kepadaku”
*

Kemudian diceritakan pula kisah Iskandar Zulkarnain, iaitu seorang raja yang diberi keangungan dan kebesaran oleh Allah SWT. Beliau merupakan raja Islam yang beriman kepada Allah SWT . Beliau merupakan raja Islam yang beriman kepada Allah SWT.
Mengikut Ahli sejarah, Zulkarnain membina kota di Afghanistan untuk menyekat segolongan manusia yang melakukan kezaliman dan kekacauan kepada orang-orang yang lemah. Golongan yang jahat itu dikenali sebagai Yakjuj Makjuj. Beliau menggunakan pemerintahan dan kekuasaan yang diberi Allah untuk menolong orang lemah.
*

Awak awak semua, akhir surah ini, cantik sangat maknanya.
Semoga sedikit sebanyak bermanfaat entri kali ini. Jika ada tambahan atau mana-mana kurang, boleh comment  =)
Sharing is caring kan? =)

Na, maghi kito pakak dengar!
Apka Dhanyavad for reading this. =)






No comments:

Post a Comment