Friday 31 May 2013

Apa Jaminanmu?

Bismillahirrahmannirrahim.

Ingin aku berkongsi satu kisah yang dikongsikan dalam bulatan gembira kami, yang bagi aku amat terkesan dalam hati.

Kisah ini mengenai Saidina Abu Bakar As-siddiq dan Bilal bin Rabah, dua sahabat Rasulullah SAW yang amat hebat perwatakannya. =)
Kisah ini berlaku ketika Bilal, hamba kepada Umayyah bin Khalaf masih lagi belum memeluk Islam. Pada suatu hari, ketika Bilal sedang melakukan rutin hariannya bekerja, datang Saidina Abu Bakar membantunya sehingga selesai. Bilal pun kehairanan kerana seorang yang terhormat seperti Abu Bakar membantu kerja seorang hamba seperti dirinya. Setelah selesai pekerjaan tersebut, mereka berdua pun berehat untuk melepaskan penat .Ketika sedang berehat inilah, berlakunya perbualan antara mereka berdua.
Abu Bakar berkata kepada Bilal, “mahukah kau mendengar cerita kebenaran dariku?” Lalu, Bilal pun menjawab, ”lebih baik kau ceritakan kepadaku pada esok hari sahaja kerana aku sudah letih”. 

Mendengar jawapan Bilal itu, Abu Bakar pun berkata,”Apakah yang dapat menjamin kau HIDUP pada esok hari untuk mendengar ceritaku?”

Bertitik tolak dari kata-kata Abu Baka ritulah yang menyebabkan Bilal bin Rabah memeluk agama Islam yang suci pada waktu itu. =’)

Dialog yang sungguh terkesan pada diri bila mendengar kisah ini, “APA YANG DAPAT MENJAMIN KAU HIDUP PADA ESOK HARI UNTUK MENDENGAR CERITAKU?”

Allahu Allah! 
***
Siapa lagi yang dapat menjamin kita MAMPU hidup pada esok hari???
Adakah kita dapat menjamin kelopak mata kita MAMPU terbuka pada esok hari sesudah kita tidur?? 
Adakah kita MAMPU menghirup kembali udara segar keesokan hari??
Sudahtentu kita TIDAK MAMPU..! Kerna yang MAHA BERKUASA itu hanya ALLAH SWT!! DIA lah yang MAHA MENGHIDUPKAN dan MAHA MEMATIKAN seseorang hambaNYA.

Jadi, bila mana kebaikan perubahan dan tarbiyyah itu sudah sampai pada diri kita, 
adakah kita harus menangguhkan peluang itu??
Adakah bila diri sudah dimamah usia baru kita hendak mengubah diri??

ALLAHU, ajal itu tidak mengira usia! =’(

ISLAM itu seperti keretaapi yang sedang bergerak di landasan, ia akan terus bergerak menuju ke destinasi yang terakhir iaitu KEJAYAAN (AL-HAQ). Apabila ia berhenti di hadapan kita, ia terpulang pada kita sama ada hendak menaikinya bersama orang-orang beriman ataupun kita membiarkan ia bergerak pergi. 
***
Tetapi, soal diri kita semula, adakah aku MAMPU untuk hidup pada keesokan hari untuk menaikinya semula?
****
awak-awak semua! nak masuk syurga tak? jom kita jadi HambaNYA yang osem!
:'D inshaaALLAH.!


Wallahualam.
Semoga bermanafaat. Sungguh diri ini jua masih belajar. =’) 

aBIbu <3

Monday 27 May 2013

'Sibghah' Allah Yang Sebenar


“Sibghah” yang sebenar

Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk menggunakan nikmatNYA di atas muka bumi ini.
Sibghah? Apa itu sibghah? Sibghah secara kasarnya bermaksud “celupan”. Celupan yang bagaimana, inshaAllah akan dikongsikan bersama dalam entri kali ini. =)
Sebelum itu, nak “share” dulu ayatul Quran yang menyebut tentang sibghah ni :D
2:138



Dalam ayat ini menegaskan bahawa “celupan” yang paling terbaik ialah “celupan” Allah SWT yang telah mencorakkan seluruh kehidupan hambaNYA dengan corak ISLAM yang sebenar.

Apa yang dimaksudkan pula dengan “celupan” Allah itu?

Mari kita bayangkan satu analogi :D
Kita ambil satu kain tuala/napkin dan kita celupkan ke dalam laut yang serba luas. Apa yang kita dapat lihat selepas itu? Sudah tentu kain tersebut basah kerana air laut telah meresap ke dalam kain bahkan meresap sehingga ke siratan benang kain tersebut!
Begitulah apa yang dimaksudkan dengan “celupan” Allah! Menusuk sehingga ke dalam lubuk hati seseorang hamba yang benar-benar BERIMAN! SUBHANALLAH!

Persoalannya, mengapa pentingnya kita benar-benar termasuk dalam golongan yang mendapat “celupan” ALLAH SWT?

Kerana dalam al-Quran telah disebutkan;
2:208

Haruslah kita masuk ke dalam ISLAM secara menyeluruh! Bukannya secara separuh atau ambil apa yang disenangi oleh diri kita. :D

Kerana itu, pentingnya “Celupan” ALLAH kerana itulah corak ISLAM yang sebenar! =D
Jadi, jom kita sama-sama terjun ke “celupan” ALLAH!! INSHAALLAH! =D
Moga perkongsian ini bermanafaat! Sungguh diri ini juga masih belajar seperti antum semua :’)
Wallahualam.


Thursday 16 May 2013

Macam Mana Nak Jadi Baik?

Bermonolog dalaman sendiri tatkala diri ini terdiam muhasabah ;
"Macam mana nak jadi baik?"

Dan, ALLAH itu Maha Penyayang. =')

Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati,kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.

***

Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. 
Abu Hurairah bertanya, "bagaimanakah keadaan orang yang sedemikian?" 
Rasulullah SAW menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

***
"Tapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat,bagaimana?"
Maka, yang harus diperbaiki ialah mutu solatnya. Bila solat baik, inshaaALLAH orang itu akan jadi baik. Allahu Allah. Solat itu benar tiang agama!

Bagaimana nak perbaiki solat?
Maka,mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat. Rukun fi'li/perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul,rukuk,sujud dan sebagainya.
Kemudian, perkasakan rukun qauli, pada makna bacaannya dilidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

***
Jangan kita sekadar baca sahaja Surah al-Fatihah itu, tapi maksudnya kita tidak tahu. Bila kita tidak faham akan sesuatu itu, sudah pasti kita tidak akan fokus padanya.
begitu juga saat rukuk, sujud dan etc. bila maksud bacaan difahami, akan mengalir darah takut, harap, kagum, malu dan hina kita dihadapanNYA. saat itu, kita akan khusyuk dalam solat!

Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata. =')

***
Aku kira, inilah punca segala maksiat.
punca segala keruntuhan moral. 

Jika ingin disesuaikan dengan situasi sekarang, 
dimana rakyat bangkit menentang kerajaan, 
dan menginginkan parti pembangkang menang dalam PRU13 itu, 
sesuatu yang harus dikagumi kerana, sedar tidak sedar, ramai yang inginkan pemerintahan yang adil dan berada dalam pemerintahan yang mana Islam menjadi tonggak. 
tapi, ALLAH Maha Mengetahui. Muhasabah diri kembali. 

Kita inginkan pemerintahan Islam, 
tetapi betapa ramai antara kita yang solatnya terumbang-ambing?
tidak cukup 5waktu. 
tidak sempurna pula tu.
masih dengan sikap berfoya-foya. 
masih dengan arak dan judi.
dimana Islam? dimana kita?
dimana AL-QURAN dan AS-SUNNAH?
dihati kita atau sekadar ada di smartphone kita sahaja?
yang tidak terusik?

Oh kau kau kau dan aku!
Oh kita!
Pernahkah kau menyangka yang kita ini sudah jauh dari kehidupan islam yang sebenar?

tengoklah perjuangan Rasullulah SAW! Betapa baginda menyerahkan seluruh kehidupan baginda untuk Islam. kita bagaimana? Terutama sekali si rijal! 
Oh Al-Rijal!
Bangkitlah! 
Walau kamu memang tidak mampu menjadi sehebat Rasulullah SAW,

Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari) 

Walau kamu mungkin tidak mampu menjadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh,
yang tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh! 

Bangkitlah!
Mari mendaki sama-sama. 
Dipuncak nanti, kita jumpa kebahagiaan! InshaaALLAH! 

oh! Bukan untuk si rijal sahaja.
Untuk kita. wahai srikandi! :')

***
Allahu Allah.
Jauhnya aku dariMU.
Jauhnya aku jika ingin dibandingkan dengan para solihin.







Buat Apa Yang Betul, Bukan Apa Yang Anda Fikir Betul


Masih terngiang-ngiang pesanan dari ustaz dahulu;
“Buat apa yang betul, Jangan buat apa yang anda fikir betul!!”
Kami yang masih naïf ini pun mengangguk-anggukkan kepala kami sebagai tanda sepertinya faham termasuklah diri aku sendiri.Faham yang bagaimana, diri sendiri masih tidak dapat menafsirkannya pada waktu itu.Bagi kami, mungkin Ustaz mahu kami “follow” segala peraturan sekolah dan bukan buat mengikut “pemahaman” kami mengenai peraturan sekolah. Al maklumlah, masih berhingus lagilah katakan….hihihi ^_^


Sekarang, bila mana umur dah menginjak naik, alam persekolahan yang di rindu itulah yang banyak mencorak langkah diri ini, dan barulah aku sedikit sebanyak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh ustaz pada waktu itu.
Mengapa perlu buat apa yang betul? Dan bukan buat apa yang kita fikir betul?
Jawapannya mungkin sebegini..

Potongan ayatul Quran ; SURAH AL-BAQARAH : 216



Apa yang aku boleh kaitkan dengan potongan ayat ini, bukan kita yang menentukan apa yang terbaik untuk kita, tapi ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita =)
Berbalik pada frasa yang aku sebutkan tadi, seharusnya macam inilah kita bila mana mempraktikkan SURUHAN ALLAH SWT. Kita kena buat apa yang benar-benar di suruh oleh ALLAH dan bukan apa yang kita rasa Allah nak kita buat. Nauzubillah!
Banyak situasi yang masyarakat hari ini yang masih tak sedar mereka hidup berdasarkan apa yang mereka fikir mereka harus lakukan, termasuklah diri ini..=’(  Ada yang nak kaya, nak berkereta mewah, berkerjaya tinggi dan macam-macam lagi…

Dan, manusia itu, macam-macam jenis. Bila kita ikut suruhanNYA, muncul pula manusia yang suka mengkritik. Arghh! tapi, inilah kehidupan! ramai fikir, mereka dah buat benda yang mereka fikir mereka betul instead of buat apa yang benar-benar betul.

***
Flashbacking.
Teringat kala diri ini dikiritik dengan mereka yang mungkin punya hati yang buta. Boleh click link dibawah untuk tahu lebih lanjut :
http://kameralamakamerabaru.blogspot.com/2012/12/dikritik.html

Seharusnya kita sedar bahawa tujuan hidup kita yang utama adalah :

1) Sebagai seorang khalifah Allah
2) Untuk beribadat kepada Allah

Nampak “simple” kan?? Sebenarnya tidak semudah yang disangka! Tapi, bukan ke ALLAH itu ar-Rahman dan ar-Rahim?

Sebab itulah kita ada dua sumber utama sebagai panduan! Yakni AL-QURAN dan AS-SUNNAH =) Dua petunjuk utama kita kearah ISLAM yang sebenar, InshaaALLAH!!

Konklusinya, hidup kita ini kena lah berdasarkan apa yang seharusnya betul ,bukan ikut apa yang kita fikir betul! =)

InshaALLAH, pesanan ini untuk diri sendiri juga kerana diri ini juga masih belajar.
Selamat beramal!!! :D

<3 Abi & Ibu. Wink-wink! *_^