Thursday 18 April 2013

Maka Jadilah Seperti Lebah

Waktu istirehat adalah waktu yang dihabiskan oleh manusia seorang diri. Maka hendaklah dia meneliti tentang kekuasaan Allah.
***
bismillahirahmanirrahim.
MAKA JADILAH SEPERTI LEBAH.

antara lebah, labah-labah dan semut. yang mana kamu pilih?
Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurangan tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. tapi jika diberi pilihan, antara 3 ini, manakah yang akan dipilih?

"hanya orang yang berilmu dapat memahaminya"

labah-labah kah? *tekan link bawah*

lebah kah? *tekan link bawah*


atau semut kah? *tekan link bawah*

Dan dalam Quran telah dijelaskan hal ini  *tekan link bawah*

antara lebah, labah-labah dan semut. yang mana kamu pilih?
pasti kamu sudah punya jawapan kan? =')

Firman Allah swt:
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ [العنكبوت: 41

"misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan" – Surah al-‘Ankabȗt (41)

Ayat membentangkan perumpamaan yang diberi oleh Allah swt menyamakan orang-orang menyekutukanNya dan sekutu-sekutu selainNya adalah seperti labah-labah yang membina sarang yang menakjubkan dari rupa dan bahan binaannya.
Allah swt membentangkan perumpamaan demikian untuk menunjukkan hinanya perbuatan menyekutukanNya. Golongan yang menyembah selain Allah berdoa kepada makhluk yang dianggap sebagai tuhan, mengharapkannya dan takut kepadanya sepertimana orang beriman berdoa, mengharap dan takut kepada Allah. Sedangkan ia adalah syirik yang paling besar yang ditegah orang para rasul-rasul Allah dan kitab-kitab yang diturunkan olehNya. Allah mengkafirkan orang menyekutuiNya dan menghalalkan darah dan harta mereka untuk orang-orang beriman.

Kita ikuti kata-kata mufassir dahulu, al-Tabari berkata: “maksud firman Allah tersebut (Surah al-‘Ankabȗt: 41): perumpamaan orang-orang yang menjadikan tuhan-tuhan dan berhala-berhala selain sebagai tempat mereka berharap pertolongan dan manfaat ketika diperlukan ialah mereka tenggelam dalam kelemahan jiwa, kegelapan hidup dan kesilapan pilihan untuk diri mereka sendiri seperti labah-labah yang lemah membina sarang yang megah tetapi sarangnya tidak dapat membantunya ketika ia memerlukannya. Begitulah perihal orang-orang musyrik, berhala-berhala mereka tidak membantu mereka dan tidak dapat menyelamatkan dari kemurkaan Allah”.
Ibn Katsȋr berkata: “perumpamaan yang Allah swt bentangkan tentang orang-orang yang melantik tuhan selainNya serta mengharapkan pertolongan dan rezeki darinya, dan berdoa kepadanya saat kesusahan maka mereka seperti berada pada sarang labah-labah yang rapuh dan lemah. Mereka tidak dapat mencapai pertolongan tuhan mereka seperti orang yang berpaut pada sarang labah-labah tetapi sarang itu tidak memberikannya sesuatu pun. Jika mereka mengerti hal ini, mereka tidak akan melantik tuhan-tuhan selain Allah swt. Lain halnya orang-orang beriman yang jiwa mereka berpaut pada Allah. Mereka melakukan amalan baik dengan mengikut syariat, maka mereka telah berpegang dengan tali yang utuh tidak akan putus kerana kekuatannya dan keteguhannya. =')


Sekeji-keji rumah adalah rumah yang tiada kasih sayang:  labah-labah betina akan memakan si jantan sejurus selepas mengawan, si anak-anak memakan sesama sendiri kerana terdesak, si jantan melarikan diri kerana ditakuti nyawanya melayang. Rumah yang demikian hanya dibina untuk kepentingan kebendaan dan keduniaan yang sementara. Apabila tiada lagi kepentingan dan manfaat, rosak hubungan di antara penghuni-penghuninya. Si betina mulanya cuba menarik perhatian si jantan ketika ingin mengawan dan berusaha menghabisinya selepas itu. Maka, si jantan melarikan diri demi hidupnya dari keganasan si betina dan gigitan beracun yang boleh membunuh.Begitu sebuah sarang yang didiami anak-anak labah-labah dengan tenang dan tunduk di bawah naungan si ibu. Sehingga apabila kuat naluri pemangsa dan berbisa sengatan mereka, mereka ‘menderhaka’ ibu mereka lalu membaham dan memakannya. Sudah si bapa lari dari kejahatan si ibu, mereka pula yang memakan ibu mereka sendiri. Beginilah perumpamaan rumah di mana si anak ‘menghalau’ ibu dan bapanya, kadang-kadang si anak membunuh kedua-duanya demi mendapatkan ruang untuk pasangan dan anak-anaknya.
manakala semut pula..

rajin. tetapi tamak. =')

tapi berbeza pula dengan lebah..

Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa, boleh dijadikan ubat.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

ALLAH meyuruh kita berbuat kebaikan.
=')
Kita ini pendosa. sedar atau tidak.hari demi hari, kita makin menghampiri tarikh mati kita.
tidakkah kamu terasa umurmu semakin pendek?
hei manusia! selamat pendek umur! *tekan link dibawah*


http://kameralamakamerabaru.blogspot.com/2013/03/selamat-pendek-umur.html

yaALLAH. sungguh aku pendosa! argghh! aku manusia yang tak pernah serik! ='(

sedarlah. kita hidup dimuka bumi ALLAH ini bukan untuk bersuka ria. dan bukan untuk berlagak! jangan kau terlalu bangga dengan aoa yang kau miliki sampaikan kau tidak punya masa untuk bersyukur padaNYA dan terus, kau ingkar padaNYA! 
Nauzubillah!
kejayaan sebenar kita adalah kelak.
bukan sekarang. selamat menanam. dan moga hasilnya lumayan kelak! 
kita hidup untuk mati. dan mati untuk hidup yang sebenar-benar hidup!

maka, jadilah seperti lebah.
 “Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.”





Wednesday 17 April 2013

SEMUT

Pesanan ; entri kali ini akan berantai dengan entri yang akan datang. diri ini perlukan masa untuk belajar sendiri setelah beroleh ilmu dari yang arif. =')

***
saya kira saya tak nak sentuh part semut. tapi rasanya, lagi complete kalau bercakap jugak pasal ni. jadi, sedikit info pasal semut yang saya dapat melalui pembacaan;

semut ni, betullah, sangat kuat. sangat rajin.Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati.masa kecik-kecik dulu, selalu kita matikan semut kan? then tengok rakan seperjuangan semut itu mengusung semut yang dah kita matikan tu. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

dan, pernah tak anda perasan, bila mereka bertembung antara satu sama lain apa mereka buat? =)
orang barat kata ;
jom click link ni, and baca! :) http://melayukini.net/2012/10/mengapakah-semut-berhenti-apabila-bertemu-semut-yang-lain/

tapi dalam Quran, ALLAH dah bagitau, yang semut ni boleh berkomunikasi!! =)

Semua sangat rajin! sedangkan kita, haih, -_-
tapi at the same time dia tamak! =) kita pun camtu jugak kan? eh, ke x? =)

tapi, saya ada satu cerita nak kongsi pasal semut. inshaaALLAH. saya kira, sangat bermanfaat. semoga dapat ibrah dari kisah ini =)
***
BELAJARLAH DARI SEMUT!

Kisah Nabi Sulaiman dan Semut.

Nabi Sulaiman bertanya pada semut tentang berapa banyak makanan yang dia perlukan untuk hidup dalam tempoh 1tahun. dan, semut tu menjawab ; ia hanya perlukan makanan gula sebesar sebutir beras gandum.
Jadi, Nabi Sulaiman pun bagi la gula sebesar sebutir beras gandum pada semut itu dan meletakkan semut itu didalam botol dan mulut botol itu ditutup.

cukup 1 tahun, mulut botol itu dibuka oleh Nabi Sulaiman.
Yang peliknya, hanya separuh sahaja daripada gula yang habis dimakan semut itu.

Nabi Sulaiman bertanya ;
"kenapa separuh sahaja makanan yang dihabiskan?"
sedangkan semut berkata dia perlukan makanan sebesar sebutir buah gandum untuk hidup 1tahun.

Sang semut menjawab ;
jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh ALLAH dan dia yakin ALLAH pasti akan mencukupkan rezekinya. sebab itu diap tidak perlu risau dengan hakikat itu. tetapi apabila dikurung oleh manusia, dia mengambil tindakan untuk berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. mana tahu kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya lebih dari tempoh 1tahun.

***
disini, semut lebih yakin dengan jaminan ALLAH ketika diluar botol berbanding "jaminan" manusia ketika berada didalam botol.
inilah sifat tawakkal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut!
jangan sesekali bergantung sesama makhluk dalam soal rezeki. bergantunglah kepada ALLAH.

sebenarnya, segala yang ada dialam ini,
ada sebab kenapa ALLAH jadikan sesuatu tu.

macam kita.
kenapa kita ada?
untuk apa?
dan kemana kita selepas ini?

semasa ALLAH memberitahu malaikat yang Dia ingin menciptakan makhluk lain, para malaikat khuatir. khuatir jika mereka saling bertengkar, saling bunuh membunuh, berebut kuasa sehingga terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas muka bumi yang Tuhan ciptakan.

tapi ALLAH dah berfirman bagi menghilangkan kekhuatiran para malaikat dengan ayatNYA yang bermaksud ;
"Aku ketahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang akan mengetahui hikmah penguasan Bani Adam atas bumi-Ku. bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, bersujudlah kamu dihadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana ALLAH SWT melarang hambaNYA beribadah kepada sesama makhlukNYA."

*semoga tak pening dengan entri kali ini*
=D

apa yang baik, ambik. mana yang kurang mohon maaaf.
mana yang tak elok, buang jauh2! ;)



Tuesday 16 April 2013

Dalam Surat Cinta-NYA.

Pesanan ; entri kali ini akan berantai dengan entri yang akan datang. diri ini perlukan masa untuk belajar sendiri setelah beroleh ilmu dari yang arif. =')
***
alhamdulillah, sekurang-kurangnya diri ini tahu lebih mendalam walaupun serba sedikit pasal lebah dan labah-labah.
***
Dan dalam surat cintaNYA yang sering kali aku abaikan itu, telah jelas Allah bercerita soal lebah dan labah-labah.
jom bedah quran!

An-Nahl ayat 68-69




"bagi orang yang mahu berfikir"
=') pernah tak kita ambil tahu pasal lebah? bagaimana kehidupannya? sebab dengan sikap ambil tahu itu nanti lah, kita mampu relate kehidupan si lebah ini dengan kita. samaada kita mahu jadi seperti lebah atau labah-labah.
atau mungkin kita mahu jadi seperti semut?
*maaf, saya tidak sentuh part semut*

Al-Ankabut ayat 41-43








selagi lagi ALLAH bagitau, "hanya orang-orang yang berilmu dapat memahaminya"

so, anda rasa anda faham x apa yang ALLAH cuba nak sampaikan pada kita?
=) selamat berfikir!

mohon maaf atas segala kekurangan. semoga bermanfaat!
InshaaALLAH, nantikan sambungannya.!


Monday 15 April 2013

LEBAH

Pesanan ; entri kali ini akan berantai dengan entri yang akan datang. diri ini perlukan masa untuk belajar sendiri setelah beroleh ilmu dari yang arif. =')
***
Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah.
hinggap di tempat yang bersih dan makan makanan yang bersih. lebah akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.
mengeluarkan yang bersih. iaitu madu. yang punya khasiat :)
tidak pernah merosakkan.
bekerja keras. Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal.


Pembahagian jenis-jenis lebah
Lebah dibahagi kepada beberapa pengelasan untuk mudah dikenali atau dikelaskan. Antaranya:
  1. Andrenidae- (lebah liar yang suka tinggal dalam lubang tanah (mining bees)
  2. Megachiledae- Lebah pemotong daun (leaf cutting bees)
  3. Xylocopidae - Lebah tukang kayu (carpenter bees)
  4. Bombidae- bumble bees
  5. Apidae - Lebah madu (honey bees)
si lebah ini bekerja secara baik dalam kegelapan. dan selalunya, mereka berkomunikasi melalui
  1. bau
  2. getaran
  3. interaksi secara fisik
manakala, sarang lebah memiliki sistem perlindungan yang sangat baik untuk menjaga lebah agar terhindar dari ancaman lingkungan.

Didalam sarang lebah, terdapat:
Ratu lebah (queen bee)
Lebah jantan (drones)
Lebah Pekerja
- Lebah perawat (nurse bees)
- Lebah pencari (scout bees)
- Lebah pengumpul (collector bees)
.

Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.
sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Lebah
sila rujuk kitar hidup lebah di wikipedia jugak eh.

okay. dari segi sarangnya pula. saya rasa, video dibawah mampu menjelaskan segalanya.
jom tengok. Sungguh, ALLAH Maha Hebat.! =')


kalau anda ada masalah dengan video ini, tak leh dengar sound, just click this link

hebat bukan? =') ALLAHU. diri ini sungguh banyak tidak tahu. terimakasih yaALLAH untuk ini. :')

***
saya hanya jumpa setakat ini info pasal lebah. kalau anda ada extra info, sila jangan segan silu untuk komen! =)

assalamualaikum!

Sunday 14 April 2013

LABAH-LABAH

Pesanan ; entri kali ini akan berantai dengan entri yang akan datang. diri ini perlukan masa untuk belajar sendiri setelah beroleh ilmu dari yang arif. =')

LABAH-LABAH

Setiap orang mungkin pernah menjumpai makhluk kecil yg disebut labah-labah. Di rumah, di kampung atau di kebun tapi makhluk kecil ini hanya menarik perhatian serius segelintir orang sahaja. Padahal ia adalah salah satu bukti atau tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Allah menciptakan labah-labah dengan begitu unik sesuai dengan tugas dan peranannya sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.

Mari kita perhatikan labah-labah dengan lebih dekat untuk melihat betapa Allah adalah Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Kuat, Maha Sempurna dan Maha segala-galanya. Jika seseorang bfikir mengenai labah-labah, mungkin akan terlintas tentang sarangnya. Sarang ini merupakan keajaiban reka bentuk yang tersendiri. Ia direka dengan rancangan tersendiri beserta teknik perhitungannya. Jika kita memperbesarkan labah-labah menjadi seukuran manusia, sarang yang dianyamnya akan memiliki ketinggian sekitar 150 meter. Ini sama tinggi dengn bangunan pencakar langit 50 tingkat.

Maha Hebat Allah s.w.t yg telah menciptakan seekor binatang yg tidak berakal tetapi mampu membina rumah yang berpuluh kali ganda lebih besar dari ukuran badannya oleh dirinya sendiri, tanpa alat dan bantuan makhluk lain. Manusia yang berakal perlukan berbagai alat dan bantuan ramai orang untuk membina rumahnya walaupun sekadar satu tingkat, betapalah untuk membina gedung 50 tingkat. Jadi , mengapalah manusia hendak sombong dengan kepakarannya membina bangunan-bangunan tinggi, sedangkan kenyataannya Allah telah menciptakan labah-labah yang dapat membina bangunannya sendiri.

Bagaimana labah-labah mampu membuat sarang sebesar ini? Allah membekalkannya dengan ilham atau ilmu tanpa perlu belajar dimana-mana sekolah atau universiti spt manusia. Allah s.w.t telah mengajar haiwan kecil ini utk menjadi arkitek, jurutera dan pekerja binaan sejak mula ia dilahirkan. Sebaik saja dilahirkan labah-labah telah menjadi arkitek yakni membuat rancangan sarangnya. Setelah rancangan disiapkan, labah-labah menjadi jurutera pembinaan yakni menghitung seberapa besar beban-beban yang akan menempati posisi-posisi tertentu pada sarang.

Selepas itu, labah-labah Juga menjadi pekerja binaan. Labah-labah melempar benang yang dipintalnya ke udara lalu aliran udara ini membawanya ke tempat tertentu dimana ia menempel. Lalu kerja menyusun benang-benang itu dimulai. Perlu satu jam atau lebih untuk menganyam sebuah sarang. Mula-mula labah-labah menarik benang jenis kuat dan tegang dari titik pusat ke arah luar untuk mempersiapkan rangkanya. Ia lalu menggunakan benang jenis kendur dan lekat untuk membuat lingkaran dari arah luar ke dalam.

Dalam kehidupan manusia, kerja sebagai arkitek, jurutera dan pekerja binaan biasanya dilakukan oleh orang yang berbeza tetapi dalam kehidupan labah-labah, Allah mengajarkannya sekaligus kepada seekor haiwan kecil sahaja. Maha Agung Allah yang mengajarkan berbagai ilmu kepada seekor haiwan kecil yang tidak berakal, sedangkan ilmu-ilmu itu terpaksa diagih-agihkan kepada ramai orang di kalangan manusia yang berakal.

Lalu, bagaimana kita tidak kagum dengan Allah yang Maha Hebat itu?

Mengapa kita masih berbanggga dengan ilmu-ilmu dan akal kita yang amat terbatas? Sedangkan Allah dapat mengilhamkan pelbagai ilmu sekalipun kepada makhluk yang tidak berakal.

Benang-benang yang digunakan labah-labah juga luar biasa. Benang labah-labah 5 kali lebih kuat dari serat besi waja dengan ketebalan yang sama. Ia memiliki gaya tegang 150 ribu kilogram permeter persegi. Jika seutas tali bergaris tengah 30cm terbuat daripada benang labah-labah, ia akan mampu menahan berat 150 buah kereta. Saintis menggunakan benanag labah-labah sebagai model ketika membuat bahan yang dinamakan kefla yakni bahan pembuat jaket anti peluru. Peluru-peluru berkecepatan 150 meter per detik, dapat merobek sebahagian besar benda yang dikenainya kecuali benang yang diperbuat daripada kefla. Tetapi benang labah-labah 10 kali ganda lebih kuat daripada kefla. Benang ini juga lebih nipis dari rambut manusia, lebih ringan dr kapas tapi lebih kuat dr besi waja dan ia diakui sebagai material yang terkuat di dunia.

Dan, bandingan barat, mereka mengatakan, sutera labah-labah 5kali lebih kuat dari besi keluli. sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Labah-labah.

Besi waja termasuk material paling kuat yg dihasilkan dgn peraltan industri berat, menggunakan besi dan dlm tungku bersuhu ribuan darjah. Ia direka khas agar berdaya tahan tinggi utk digunakan pd binaan lebar umpamanya bangunan tinggi dan jambatan. Labah-labah menghasilakan material yang 5 kali ganda lebih kuat dari besi waja. Padahal ia tidak memiliki system tungku pembakaran dan teknologi apa pun, ia hanyalah makhluk kecil yang tidak mampu berfikir. Sungguh satu keajaiban bahawa makhluk kecil ini mampu menghasilkan benang yang lebih kukuh dari besi waja dan menggunakannya untuk membuat bangunan dengan cara yang sama seperti para arkitek dan engineer ma
nusia lakukan.

Allah Maha Besar, Maha Kuat lagi Maha Sempurna yang menciptakan apa sahaja hanya dengan berkata “Jadi” maka jadilah. Walaupun hasil dari kajian ini diketahui bahawa bahan benang labah-labah ini kuat tetapi perlu diingatkan bahawa ia dianggap kuat dlm kategori benda yang sama ukurannya sahaja. Walhal sebenarnya dengan sekali sentuhan sebatang pensel sahaja benang itu akan putus dan reput.



dan,
melalui pembacaan saya,
Sarang labah-labah: ia berfungsi untuk proses pengawanan dan pergaulan keluarga, makan dan rehat. Apabila si jantan memerlukan perkara-perkara tersebut ia akan memasuki sarang tersebut dan menjalankan peranannya sebagai si labah-labah jantan. Sehingga selesai peranannya, ia melarikan diri dalam ketakutan. Sarang tersebut adalah rumah yang dikuasai oleh si betina kerana ia membinanya dan membenarkan si jantan masuk. Si betina lebih suka hidup tanpa kekangan dari si jantan. Apabila si jantan mahu kekal di sarang itu, maka ia berada dalam keadaan terancam. dan, mereka akan makan, serangga-serangga yang akan melekat pada sarang mereka. saya kira, apa yang dimakan itu, tidak sihat.

alhamdulillah. saya kira, cukuplah sampai disini dulu. inshaaALLAH jika punya kesempatan, saya akan update entri seterusnya. inshaaALLAH, akan ada smbungannya nanti. kenapala saya sibuk update pasal labah-labah ni kan? =) nak jadi spiderwomen ke? erk -_-