Thursday 16 May 2013

Macam Mana Nak Jadi Baik?

Bermonolog dalaman sendiri tatkala diri ini terdiam muhasabah ;
"Macam mana nak jadi baik?"

Dan, ALLAH itu Maha Penyayang. =')

Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati,kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.

***

Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. 
Abu Hurairah bertanya, "bagaimanakah keadaan orang yang sedemikian?" 
Rasulullah SAW menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

***
"Tapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat,bagaimana?"
Maka, yang harus diperbaiki ialah mutu solatnya. Bila solat baik, inshaaALLAH orang itu akan jadi baik. Allahu Allah. Solat itu benar tiang agama!

Bagaimana nak perbaiki solat?
Maka,mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat. Rukun fi'li/perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul,rukuk,sujud dan sebagainya.
Kemudian, perkasakan rukun qauli, pada makna bacaannya dilidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati.

***
Jangan kita sekadar baca sahaja Surah al-Fatihah itu, tapi maksudnya kita tidak tahu. Bila kita tidak faham akan sesuatu itu, sudah pasti kita tidak akan fokus padanya.
begitu juga saat rukuk, sujud dan etc. bila maksud bacaan difahami, akan mengalir darah takut, harap, kagum, malu dan hina kita dihadapanNYA. saat itu, kita akan khusyuk dalam solat!

Nak jadi baik memang lambat. Membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata. =')

***
Aku kira, inilah punca segala maksiat.
punca segala keruntuhan moral. 

Jika ingin disesuaikan dengan situasi sekarang, 
dimana rakyat bangkit menentang kerajaan, 
dan menginginkan parti pembangkang menang dalam PRU13 itu, 
sesuatu yang harus dikagumi kerana, sedar tidak sedar, ramai yang inginkan pemerintahan yang adil dan berada dalam pemerintahan yang mana Islam menjadi tonggak. 
tapi, ALLAH Maha Mengetahui. Muhasabah diri kembali. 

Kita inginkan pemerintahan Islam, 
tetapi betapa ramai antara kita yang solatnya terumbang-ambing?
tidak cukup 5waktu. 
tidak sempurna pula tu.
masih dengan sikap berfoya-foya. 
masih dengan arak dan judi.
dimana Islam? dimana kita?
dimana AL-QURAN dan AS-SUNNAH?
dihati kita atau sekadar ada di smartphone kita sahaja?
yang tidak terusik?

Oh kau kau kau dan aku!
Oh kita!
Pernahkah kau menyangka yang kita ini sudah jauh dari kehidupan islam yang sebenar?

tengoklah perjuangan Rasullulah SAW! Betapa baginda menyerahkan seluruh kehidupan baginda untuk Islam. kita bagaimana? Terutama sekali si rijal! 
Oh Al-Rijal!
Bangkitlah! 
Walau kamu memang tidak mampu menjadi sehebat Rasulullah SAW,

Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari) 

Walau kamu mungkin tidak mampu menjadi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh,
yang tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh! 

Bangkitlah!
Mari mendaki sama-sama. 
Dipuncak nanti, kita jumpa kebahagiaan! InshaaALLAH! 

oh! Bukan untuk si rijal sahaja.
Untuk kita. wahai srikandi! :')

***
Allahu Allah.
Jauhnya aku dariMU.
Jauhnya aku jika ingin dibandingkan dengan para solihin.







No comments:

Post a Comment