Monday 15 April 2013

LEBAH

Pesanan ; entri kali ini akan berantai dengan entri yang akan datang. diri ini perlukan masa untuk belajar sendiri setelah beroleh ilmu dari yang arif. =')
***
Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah.
hinggap di tempat yang bersih dan makan makanan yang bersih. lebah akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.
mengeluarkan yang bersih. iaitu madu. yang punya khasiat :)
tidak pernah merosakkan.
bekerja keras. Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal.


Pembahagian jenis-jenis lebah
Lebah dibahagi kepada beberapa pengelasan untuk mudah dikenali atau dikelaskan. Antaranya:
  1. Andrenidae- (lebah liar yang suka tinggal dalam lubang tanah (mining bees)
  2. Megachiledae- Lebah pemotong daun (leaf cutting bees)
  3. Xylocopidae - Lebah tukang kayu (carpenter bees)
  4. Bombidae- bumble bees
  5. Apidae - Lebah madu (honey bees)
si lebah ini bekerja secara baik dalam kegelapan. dan selalunya, mereka berkomunikasi melalui
  1. bau
  2. getaran
  3. interaksi secara fisik
manakala, sarang lebah memiliki sistem perlindungan yang sangat baik untuk menjaga lebah agar terhindar dari ancaman lingkungan.

Didalam sarang lebah, terdapat:
Ratu lebah (queen bee)
Lebah jantan (drones)
Lebah Pekerja
- Lebah perawat (nurse bees)
- Lebah pencari (scout bees)
- Lebah pengumpul (collector bees)
.

Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.
sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Lebah
sila rujuk kitar hidup lebah di wikipedia jugak eh.

okay. dari segi sarangnya pula. saya rasa, video dibawah mampu menjelaskan segalanya.
jom tengok. Sungguh, ALLAH Maha Hebat.! =')


kalau anda ada masalah dengan video ini, tak leh dengar sound, just click this link

hebat bukan? =') ALLAHU. diri ini sungguh banyak tidak tahu. terimakasih yaALLAH untuk ini. :')

***
saya hanya jumpa setakat ini info pasal lebah. kalau anda ada extra info, sila jangan segan silu untuk komen! =)

assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment