Wednesday 5 December 2012

Dikritik.

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masi diberi kesempatan olehNYA untuk menulis.
in shaa ALLAH kali ni, saya ingin berkongsi cerita lama yang sempat saya snap!
#kameralama.

sungguh penulisan ini bukan kerana nama
sungguh penulisan ini bukan untuk mendapatkan pujian
kerana nama dan pujian tidak menjamin redhaNYA.
apa yang baik, boleh ambik, simpan dalam hati. eceh.
dan apa yang tak baik, silalah buang jauh2 :D

INI KISAH HIDUPKU

jika dulu
aku memilih untuk bertudung tiga segi biasa (bawal),
namun masih menjaga auratku
masih tahu untuk melabuhkan tudungku

kini
aku memilih untuk bertudung labuh
bukan mahu menunjuk
bukan jua kerana aku wara'
jauh sekali
amat jauh untuk itu

dan

bukan kerana ingin mendapatkan perhatian
bukan kerana ingin mendapatkan pujian

tapi
aku memilih untuk bertudung yang agak labuh sedikit dari sebelum ini dan tebal dari biasa
kerana ALLAH. keranaNYA.

dek kerana
ALLAH telah mengatakan dengan jelas dalam surat cintaNYA ;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada suami mereka, ayah mereka atau ayah suami mereka atau........"
surah al-nur ayat 31

aku bukanlah ustazah
aku bukanlah baik
kerana aku pasti dan yakin
yang baik itu Rasulullah SAW.
bukan aku.
aku hanya manusia biasa
yang penuh dengan dosa
tapi
aku cuba
cuba untuk membaiki diri
untuk jadi lebih baik

tapi kenapa masih ada manusia yang mengkritik?
mengkritik diri yang ingin berubah
apa salahnya aku memakai stoking?
handsock?
dan tudung bidang 50?
apakah kolot apa yang aku pakai?

kau kata aku tidak up-to-date
kau kata aku oldfashion

ya
tudungku berharga rm18
stokingku berharga rm5
handsocku berharga rm4
ya
nilainya kecik
tapi aku pasti
ALLAH tidak memandang nilai itu
apa yang dipandang olehNYA ialah bagaimana aku menutup dan menjaga auratku

perit saat dikritik. hanya Dia yang tahu.
perit saat kau memerliku
"amboi, pakai stoking. wara' nya."
"eh, ustazah mana ni? nk kemana ustazah?"
"tak de tudung labuh lagi ke?"
"apesal tudung ni nampak macam murah sangat?"
"wah2, bagusnye ustazah kita. labuhkan tu tudung"
"tak panas ke pakai tudung labuh ni? rimas je nampak"

macam-macam
dugaan. hanya Dia yang tahu.
tapi aku pasti
yakin dan pasti
ALLAH bahagia dengan pilihan aku.
dan, aku lagilah bahagia !

-----------------------------------------

dugaan itu selalu datang
dugaan itu akan selalu ada
tanda sayangNYA pada hambaNYA

aku pasti
dugaanNYA menguatkan aku dan kamu semua

semoga terus kuat
mempertahankan agamamu.
agama ISLAM

semoga imanmu bertambah
amalmu berlipat ganda
dan ibadahmu sentiasa bertambah

semoga istiqamah.
semoga jidahmu menegakkan ISLAM tidak pernah pudar.

hidup di alam kini amat sukar
maka,
tolonglah agama ALLAH
in shaa ALLAH , ALLAH akan menolongmu jua.
dan janganlah kamu tenggelam dan termakan oleh dunia
yang penuh tipu daya.

salam sayang,
dari insan biasa
dan bukanlah ustazah

terimalah nasihat dari sesiapun even dari pencuri.
as long as ianya bermanfaat

wassalam.