Tuesday, 5 February 2013

al-Fil (Gajah)


Assalamualaikum pembuka bicara
Semoga kita semua dalam redhaNYA.

Kali ini terdetik di hati saya untuk share terjemahan Surah Al-Fil.
Kenapa surah ni? sebab, sungguh surah ini membuktikan pada kita kekuasaan ALLAH.
Tak perlu cakap banyak. Jom cari ilmu! =)
SURAH AL-FIL.
Surah yang mulia ini adalah sebuah surah Makkiyyah, dan terdiri daripada 5 ayat.


Dan, maksudnya secara kasar ialah :


Alhamdulillah.
Sekarang, mari kita bedah maksud satu persatu! Semoga kita semua beroleh ilmu yang bermanfaat dari ayat-ayat ini . in shaa ALLAH.

bismillahirahmanirahim
#Aku mulakan dengan nama ALLAH yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.







#Tidakkah kamu wahai Muhammad SAW, melihat, yakni; mengetahui, bagaimana Tuhanmu telah melakukan dan bertindak terhadap pemilik-pemilik gajah, iaitu angkatan tentera bergajah?
Pertanyaan ini bertujuan untuk menimbulkan rasa kagum. Maksudnya : kagumlah, wahai Muhammad SAW, dengan tindakan Tuhanmu terhadap mereka. Gajah tersebut bernama Mahmud. Pemilik-pemiliknya ialah Abrahah, Raja Yaman dan bala tenteranya. Abrahah telah membina sebuah gereja di Son’aa untuk memalingkan orang haji dari Mekah ke gereja itu. Kemudian seorang lelaki daripada kabilah Kinanah telah membuang air di dalam gereja tersebut dan melumur tahinya pada kiblat gereja untuk menghinanya. Ekoran itu, Abrahah bersumpah akan meruntuhkan Kaabah. Lalu dia menuju ke Mekah bersama bala tenteranya menaiki gajah-gajah yang dikepalai oleh gajah yang bernama Mahmud tersebut. Ketika mereka menghala ke arah Kaabah untuk meronbohkannya, ALLAH SWT mengutuskan ke atas mereka apa yang diceritakan-Nya dalam firman-Nya ;






#tidakkah Dia telah menjadikan yakni ; ALLAH SWT telah menjadikan rancangan jahat mereka untuk merobohkan Kaabah itu dalam kesesatan , yakni ; kerugian, kegagalan dan kemusnahan?







#Dia juga telah menghantarkan ke atas mereka burung-burung yang berkumpulan.





 #yang melontarkan mereka dengan batu-batan dari tanah yang dimasak. Dimasak di sini bermaksud – tanah yang telah dibakar dengan api Neraka Jahanam. Batu batan itulah yang dihujankan ke atas kaum Nabi Luth as. Kenapa ALLAH membinasakan mereka menggunakan batu bata? Kerana, Tentera Bergajah mahu meruntuhkan Kaabah yang dibina dengan batu batan, maka sesuailah mereka dibinasakan dengan batu batan.






#lalu ALLAH menjadikan mereka hancur musnah seperti daun tanaman yang dimakan , dipijak dan dimusnahkan oleh binatang. Maksudnya ;
ALLAH SWT membinasakan mereka semua. Setiap orang daripada mereka telah dibinasakan daripada batu batan yang sudah tertera namanya. Batu itu lebih besar dari biji kacang dal, lebih kecil daripada biji kacang himmash. Batu itu menembusi topi besi tentera, badannya dan gajah yang ditunggangnya sampai ke tanah.
YaALLAH. Maha Suci Engkau =’)
Sungguh, banyak yang kita patut dapat dari surah ini. Aku tinggalkan segala-galanya untuk dirimu sendiri menyelongkar.
Wassalam. =’)
Let’s mengislahkan diri =)


Friday, 25 January 2013

SELAWAT TAFRIJIYYAH



SESIAPA YANG MENULIS SELAWAT PADA SATU BENDA ATAU KERTAS, PARA MALAIKAT SENTIASA MEMINTA AMPUNKAN DOSANYA SELAMA-LAMA TULISAN ITU BELUM TERHAPUS.
(MAFHUM AL-HADIS)

assalamualaikum. kali ni nak share pasal selawat tafrijiyyah. aku mula tahu pasal selawat ini melalui ayah aku. sering kali, bila bersama, ayah banyak kongsi ilmu. alhamdulillah. :)
ingatkan nak upload vid ayah, tapi buta IT. >.<''

ni selawatnye yea! :D


KETERANGAN :
(KATA IMAM AL-DAINURI)

1) Barangsiapa membaca 11 kali pada tiap-tiap kali lepas solat fardhu, maka tidak berkeputusan rezekinya, juga akan mendapat martabat ( kedudukan) yang tinggi.

2) Barangsiapa membaca 41 kali pada tiap-tiap kali lepas solat subuh, maka akan tercapai/berhasil segala maksud & cita-citanya.

3) Barangsiapa membaca 313 kali pada tiap-tiap hari, maka akan terbuka segala rahsia & dapat melihat apa yang dikehendakinya.

4) Barangsiapa membaca 1000 kali, maka akan tercapai segala perkara yang tak tergambar oleh akal, tak terlihat dengan mata kasar, tidak didengar oleh telinga & yang tidak terlintas pada hati.


KATA IMAM AL-QURTUBI :

1) Barangsiapa membaca 41 kali atau 100 kali atau lebih pada tiap-tiap hari akan dapat menghilangkan segala dukacita & dapat mengelakkan segala bala ( yang memudaratkan) serta diluaskan rezekinya, terbuka segala pintu kebajikan, perkataanya sentiasa didengar (dihormati/dipatuhi) orang, terjauh daripada kemiskinan & kepapaan, kasih segala manusia kepadanya & mustajab segala dosanya.

2) Untuk menghasilkan segala urusan penting & menolak segala bala yang datang, maka hendaklah dibaca 4,444 kali sambil bertawassul (mengambil berkat) dengan Nabi saw yang mempunyai sifat-sifat kemegahan kemudian berdoalah. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah SWT =)
dan, cerita ini, cerita dari ayahku.
Kata Sidi Muhammad Haqqa,
"Aku telah mengajar selawat Tafrijiyyah ini kepada seorang perempuan yang telah buta matanya selama 25 tahun. Kemudian diamalkan olehnya sehingga sehingga sempurna bilangannya sebanyak 4,444 kali dalam tempoh 8 hari tiba-tiba matanya dapat memandang (celik) semula dengan kuasa Allah SWT."

subhanallah.rasa kerdil diri ini menumpang di bumiMu Ya Allah.berilah aku kekuatan untuk bersabar dan terus bersabar dengan setiap dugaan mu yang tak seberapa tu.sesungguhnya sabar itu teramat indah.Duhai Rasulullah,aku ummat yang begitu banyak melakukan dosa.terasa hina sekali diri ini pabila dibandingkan dengan dirimu yang mengingati ummat Mu setiap saat sehingga akhir nafasmu.Ya Allah,berilah petunjuk kepada semua hamba-hamba Mu ini agar berada di jalan yang lurus dan benar.Sesungguhnya kami hamba yang lemah dan mudah lalai.Aku memohon dengan sepenuh hatiku Ya Allah.



Wednesday, 5 December 2012

Dikritik.

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masi diberi kesempatan olehNYA untuk menulis.
in shaa ALLAH kali ni, saya ingin berkongsi cerita lama yang sempat saya snap!
#kameralama.

sungguh penulisan ini bukan kerana nama
sungguh penulisan ini bukan untuk mendapatkan pujian
kerana nama dan pujian tidak menjamin redhaNYA.
apa yang baik, boleh ambik, simpan dalam hati. eceh.
dan apa yang tak baik, silalah buang jauh2 :D

INI KISAH HIDUPKU

jika dulu
aku memilih untuk bertudung tiga segi biasa (bawal),
namun masih menjaga auratku
masih tahu untuk melabuhkan tudungku

kini
aku memilih untuk bertudung labuh
bukan mahu menunjuk
bukan jua kerana aku wara'
jauh sekali
amat jauh untuk itu

dan

bukan kerana ingin mendapatkan perhatian
bukan kerana ingin mendapatkan pujian

tapi
aku memilih untuk bertudung yang agak labuh sedikit dari sebelum ini dan tebal dari biasa
kerana ALLAH. keranaNYA.

dek kerana
ALLAH telah mengatakan dengan jelas dalam surat cintaNYA ;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada suami mereka, ayah mereka atau ayah suami mereka atau........"
surah al-nur ayat 31

aku bukanlah ustazah
aku bukanlah baik
kerana aku pasti dan yakin
yang baik itu Rasulullah SAW.
bukan aku.
aku hanya manusia biasa
yang penuh dengan dosa
tapi
aku cuba
cuba untuk membaiki diri
untuk jadi lebih baik

tapi kenapa masih ada manusia yang mengkritik?
mengkritik diri yang ingin berubah
apa salahnya aku memakai stoking?
handsock?
dan tudung bidang 50?
apakah kolot apa yang aku pakai?

kau kata aku tidak up-to-date
kau kata aku oldfashion

ya
tudungku berharga rm18
stokingku berharga rm5
handsocku berharga rm4
ya
nilainya kecik
tapi aku pasti
ALLAH tidak memandang nilai itu
apa yang dipandang olehNYA ialah bagaimana aku menutup dan menjaga auratku

perit saat dikritik. hanya Dia yang tahu.
perit saat kau memerliku
"amboi, pakai stoking. wara' nya."
"eh, ustazah mana ni? nk kemana ustazah?"
"tak de tudung labuh lagi ke?"
"apesal tudung ni nampak macam murah sangat?"
"wah2, bagusnye ustazah kita. labuhkan tu tudung"
"tak panas ke pakai tudung labuh ni? rimas je nampak"

macam-macam
dugaan. hanya Dia yang tahu.
tapi aku pasti
yakin dan pasti
ALLAH bahagia dengan pilihan aku.
dan, aku lagilah bahagia !

-----------------------------------------

dugaan itu selalu datang
dugaan itu akan selalu ada
tanda sayangNYA pada hambaNYA

aku pasti
dugaanNYA menguatkan aku dan kamu semua

semoga terus kuat
mempertahankan agamamu.
agama ISLAM

semoga imanmu bertambah
amalmu berlipat ganda
dan ibadahmu sentiasa bertambah

semoga istiqamah.
semoga jidahmu menegakkan ISLAM tidak pernah pudar.

hidup di alam kini amat sukar
maka,
tolonglah agama ALLAH
in shaa ALLAH , ALLAH akan menolongmu jua.
dan janganlah kamu tenggelam dan termakan oleh dunia
yang penuh tipu daya.

salam sayang,
dari insan biasa
dan bukanlah ustazah

terimalah nasihat dari sesiapun even dari pencuri.
as long as ianya bermanfaat

wassalam.