Tuesday, 11 June 2013

SOLDADU ILLAHI

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sekali lagi dengan izinNYA aku berada didepan laptop dan menulis.
Semalam Allah tarik nikmat sihat sekejap. Kifarah dosa. Mudah-mudahan.
Jadi, sedang aku hanya terbaring dikatil, ada satu soalan yang tiba-tiba terlintas difikiran aku.
Nak tahu apa?

“Cemburunya aku dengan lelaki.  Diaorang lebih banyak berjuang kalau nak compare dengan aku, perempuan. Dimedan-medan perang pun merekalah. Majoriti pemimpin pun lelaki. Fitrah mereka lebih kuat. Lebih tenaga jika mahu dibandingkan dengan perempuan. Akal Allah bagi 9. Nafsu 1. Kita nafsu 9. Akal 1.”
So, inilah kerja aku. Bila sorang-sorang. Hmm. Merenung. =’D
*

Nak dijadikan cerita betapa baiknya ALLAH pada aku. Lepas termenung tu, aku pun dengan tiba-tiba teringat akan buku Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf. Aku menguatkan langkah, bangun dan ambil buku tu. Sambung membaca buku yang berbaki 20pages. Page to page aku baca. Dan, apa yang mengejutkan, seolah-olah Allah sedang menjawab soalan yang terlintas dalam fikiran aku tadi dalam buku ini!
*

“Sayang. Jangan cakap macam tu. Siapa kata sumbangan sayang sedikit?”
“Bukankah semua lelaki itu dilahirkan oleh perempuan?”
“Bagaimana kalau perempuan-perempuan berhenti mendidik anak? Bukankah peratusan untuk dunia ini dipenuhi dengan anak-anak yang soleh, pemuda-pemudi yang soleh solehah  berkurangan?”
“Dan bagaimana pula kalau lelaki-lelaki seperti abang ini, isterinya tidak melayannya dengan baik, tidak mengingatkannya akan ALLAH SWT? Bukankah peratusan untuk pemimpin yang baik itu wujud, lelaki-lelaki yang boleh menjadi tokoh masyarakat itu wujud, akan menjadi lebih sedikit?”
“Maka sayang yang abang kasihi. Sayang ini sebenarnya salah seorang daripada Soldadu Ilahi juga. Walaupun mungkin tidak mengangkat senjata seperti kebanyakan mujahid, tetapi sayanglah yang mencorakkan para mujahid daripada rumah lagi. Semenjak kandungan lagi. Sayang menjadi pendamping kepada mujahid, memberikan semangat kepadanya, menguatkannya. Bukankah itu satu perjuangan, dan satu sumbangan?”
(Dipetik dari buku Simfoni Cinta)
*

Allahu Allah!
Alhamdulillah. Terjawab. Namun, still, banyak lagi aspek yang perlu diusahakan!
Jadi, tinggal, aku.
Ya. Aku yang harus berusaha mencapai mampuku.
Untuk menjadi yang terbaik ditangan yang mecintaiku, iaitu ALLAH.
Barulah aku mampu menjadi Soldadu Ilahi yang ohsem!
=’)
*

Aiwah! Nanti nak duk rumah boleh tak? Tak nak kerja la. Jadi surirumah lagi best! :’D
Eh? Jauh pula perginya!
Mestila! Kan nak masuk rumah bahagia! =’D
Semoga bermanfaat untuk my-girl-friends sekalian!



abIbu <3





No comments:

Post a Comment