Salam Jumaat semua.
Dah beres baca al-Khafi?
Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum,
boleh mulakan sekarang atau mungkin selepas baca entri ni! Ewah!
InshaaALLAH saya ingin berkongsi sedikit
sebanyak cerita yang terdapat dalam surah Al-Khafi yang mungkin boleh kita ambil iktibar.
InshaaALLAH moga Allah redha.
*
Al-Kahfi. Surah ke 18 dan mempunyai
110ayat. Tak banyak, inshaaALLAH. Boleh habiskan membaca. Kalau duk menghadap
novel beratus-ratu page, tak kan nak baca surah ni pun tak boleh kan? Eh.
Adeh. Nak ingatkan diri jugak ni.
Pemalas jugak ni. Adeh. Tsk. Tsk =’)
*
Sebelum kita bedah dia, kita kena tahu
kelebihan dia dulu. Baru timbul raa chenta. Yela, tak kenal, maka tak chenta.
Aiwah! =)
Apa kelebihan surah ni?
Banyak hadis sahih yang sabit telah
menerangkan tentang kelebihan surah ini. Antaranya ialah :
Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud,
An-Nasai dan juga At-Tarmizi Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW,
“ Sesiapa yang menghafaz
10 ayat daripada awal surah Kahfi, terpeliharalah ia dari dajal”
Ada lagi hadis lain, hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan An-Nasai, daipada Abi Darda’ sabda baginda,
Ada lagi hadis lain, hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan An-Nasai, daipada Abi Darda’ sabda baginda,
“Sesiapa yang membaca 10
ayat terakhir surah Khafi, terpeliharalah ia dari dajal”
Hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa
membaca ayat-ayat daripada 10 terawal atau terakhir surah ini merupakan
pemeliharaan daripada fitnah dajal.
Alhamdulillah. Sama-sama hafal mana yang
belum.
*
Ok! Next! Kita bedah surah ni. Bismillah.
=)
Surah ini dinamakan al-Kahfi kerana
terdapat cerita-cerita penghuni gua yang dikenali sebagai ashabul khafi, yang
mana terdiri daripada 7 orang pemuda beriman kepada Allah SWT sebagaimana
firmanya di dalam al-quran.
“Sesungguhnya mereka itu adalah
pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan untuk mereka
petunjuk”
Kenapa penghuni gua? Mereka ini melarikan
diri ke dalam gua kerana sayangkan akidah dan iman. Dan mereka telah ditidurkan oleh Allah selama
309 tahun. boleh rujuk surah ni, ayat 25.
“Dan mereka itu tinggal di dalam gua 300
tahun lamanya, dan ditambah lagi 9 tahun”
Kenapa mereka lari ke dalam gua?
Ok. Kalau kita tengok ayat pertama surah
ni,
Ayat ini menyatakan tentang keagungan dan
kebesaran Allah SWT yang menjadi prinsip dan dasar akidah untuk kita menjalani
kehidupan di dunia ini. Kemudian terus diikuti dengan kisah pemuda yang beriman
kepada Allah SWT yang berhadapan dengan Raja Deqyanus, iaiatu raja yang memaksa
rakyatnya menyembah berhala. Kekufuran, kemungkaran yang dahsyat berlaku pada
masa tu. Dan dalam suasana masyarakat jahiliah itulah Allah SWT melahirkan
segolongan pemuda yang beriman. So mereka tak tahan dengan sikap raja tu, then
mereka decide untuk lariiiiiiii. Guys, semata-mata untuk mejaga akidah dan
iman! Dan bila sampai kat gua mereka ditidurkan oleh Allah SWT selama
309tahun. Allahu Allah. Ingat, jangey
takwil kijo Allah! Ewah! Kecek kelate sikit.
Semasa mereka tidur, matahari tak memancar
kan cahaya kat badan mereka. Ini sungguh, tanda keagungan dan kebesaran Allah
SWT! Allahuakabar!
Daripada kisah ini, ada 2 perkara yang kita
boleh semat, dan dijadikan pengajaran.
Iman mesti dijaga dan
dipelihara.
Jangan sesekali bersama
masyarakat jahiliah!
Hah! Semoga kita semua dalam lindunganNYA.
Amiin ya rabbalalamin.
Suka ambil ayat ini,
“Adakah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata, “kami telah beriman” sedangkan mereka
tidak diuji.” Al-Ankabut:2.
Next!
Surah ini juga ada menyebut mengenai kisah
Nabi Musa a.s yang menuntut ilmu dengan nabi Khaidir a.s.
Ingat lagi?
Mari refresh balik!
Anda boleh semak surah al-kahfi ayat 60-82.
InshaaALLAH, moga-moga dipermudahkan.
KISAH
NABI MUSA A.S DAN KHAIDIR
Ok. Nabi Musa a.s merupakan seorang nabi
yang menunjukkan sifat tawaduk dan merendah diri kat Khaidir.Nabi Musa a.s
datang kepada Khaidir dan nak belajar dengan Khaidir. Dan Nabi Musa a.s ni juga tahu yang Allah SWT
menganugerahkan ilmu laduni kepada Khaidir. Ilmu laduni – ilmu yang dapat
mengesan perkara-perkara ghaib.
Khaidir cakap apa?
“Wahai Nabi Musa, sesungguhnya kamu tidak
akan sanggup menghadapi ilmu yang diberi oleh Allah kepadaku”
Jadi semasa nak memulakan perjalanan,
Khaidir berpesan pada Nabi Musa, supaya jangan bertanya seberang perbuatan yang
akan dilakukan.
Pitstop pertama, mereka bertemu seorang
budak lalu Khaidir membunuh budak itu.
Nabi Musa as : “Mengapa dibunuh budak itu?
Dia masih kecil dan tak buat silap apa-apa.”
Khaidir : “Kan aku dah pesan jangan tanya
segala apa perbuatan aku?”
Pitstop kedua, mereka menaiki kapal. Tidak
semena-mena kapal itu ditebuk oleh Khaidir sehingga menjejaskan keselamatan
orang lain.
Nabi Musa as : “Kenapa tebuk kapal yang
elok ni? Ini bukan milik kau. Ini harta kepunyaan orang lain”
Khaidir : “Kan aku dah pesan jangan tanya
segala apa perbuatan aku?”
Pitstop terakhir, mereka sampai disebuah
negeri yang rakyatnya bakhil dan tak meraikan tetamu. Dan khaidir lalu membaiki
dinding sebuah rumah yang bocor.
Nabi Musa as : “Kenapa tolong orang macam
ni?”
Khaidir : “Kan aku dah pesan jangan tanya
segala apa perbuatan aku?”
Di sini detik pemisah Nabi Musa a.s dan
Khaidir. Tapi sebelum berpisah, Khaidir bagitau akan hikmah dan tujuan perkara
yang beliau telah lakukan.
*
Pitstop 1.
Khaidir berkata : “Ibu bapa budak itu
adalah orang soleh. Mengikut ilmu laduni yang diberi Allah, kelak bila budak
itu meningkat dewasa, budak itu akan menjadi anak derhaka. Jadi, daripada dia
jadi anak derhaka, baik dia mati semasa kecil”
Pitstop 2.
Khaidir berkata : “Aku tahu tuan kapal tu
orang baik. Aku tebuk kapal tu sebab kapal tu kaan menuju ke sebuah negeri yang
rajanya akan rampas setiap kapal yang elok. So aku menebuk kapal itu seupaya
rosak demi menyelamatkan kapal tersebut”
Pitstop 3.
Khaidir berkata : “dinding itu adalah orang
yang soleh. Bawah dinding itu ada harta yang ditinggalkan oleh kedua orang
tuannya. Justeru itu aku baiki dinding itu untuk keselamatan anak yatim itu dan
juga hartanya. Inilah ilmu yang diberikan Allah kepadaku”
*
Kemudian diceritakan pula kisah Iskandar
Zulkarnain, iaitu seorang raja yang diberi keangungan dan kebesaran oleh Allah
SWT. Beliau merupakan raja Islam yang beriman kepada Allah SWT . Beliau
merupakan raja Islam yang beriman kepada Allah SWT.
Mengikut Ahli sejarah, Zulkarnain membina
kota di Afghanistan untuk menyekat segolongan manusia yang melakukan kezaliman
dan kekacauan kepada orang-orang yang lemah. Golongan yang jahat itu dikenali
sebagai Yakjuj Makjuj. Beliau menggunakan pemerintahan dan kekuasaan yang
diberi Allah untuk menolong orang lemah.
*
Awak awak semua, akhir surah ini, cantik
sangat maknanya.
Semoga sedikit sebanyak bermanfaat entri kali
ini. Jika ada tambahan atau mana-mana kurang, boleh comment =)
Sharing is caring kan? =)
Na, maghi kito pakak dengar!
Apka Dhanyavad for reading this. =)
No comments:
Post a Comment