Assalamualaikum
pembuka bicara
Semoga
kita semua dalam redhaNYA.
Kali
ini terdetik di hati saya untuk share terjemahan Surah Al-Fil.
Kenapa
surah ni? sebab, sungguh surah ini membuktikan pada kita kekuasaan ALLAH.
Tak
perlu cakap banyak. Jom cari ilmu! =)
SURAH
AL-FIL.
Surah
yang mulia ini adalah sebuah surah Makkiyyah, dan terdiri daripada 5 ayat.
Dan,
maksudnya secara kasar ialah :
Alhamdulillah.
Sekarang,
mari kita bedah maksud satu persatu! Semoga kita semua beroleh ilmu yang
bermanfaat dari ayat-ayat ini . in shaa ALLAH.
bismillahirahmanirahim
#Aku
mulakan dengan nama ALLAH yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.
#Tidakkah
kamu wahai Muhammad SAW, melihat, yakni; mengetahui, bagaimana Tuhanmu telah
melakukan dan bertindak terhadap pemilik-pemilik gajah, iaitu angkatan tentera
bergajah?
Pertanyaan
ini bertujuan untuk menimbulkan rasa kagum. Maksudnya : kagumlah, wahai
Muhammad SAW, dengan tindakan Tuhanmu terhadap mereka. Gajah tersebut bernama
Mahmud. Pemilik-pemiliknya ialah Abrahah, Raja Yaman dan bala tenteranya. Abrahah
telah membina sebuah gereja di Son’aa untuk memalingkan orang haji dari Mekah
ke gereja itu. Kemudian seorang lelaki daripada kabilah Kinanah telah membuang
air di dalam gereja tersebut dan melumur tahinya pada kiblat gereja untuk
menghinanya. Ekoran itu, Abrahah bersumpah akan meruntuhkan Kaabah. Lalu dia
menuju ke Mekah bersama bala tenteranya menaiki gajah-gajah yang dikepalai oleh
gajah yang bernama Mahmud tersebut. Ketika mereka menghala ke arah Kaabah untuk
meronbohkannya, ALLAH SWT mengutuskan ke atas mereka apa yang diceritakan-Nya
dalam firman-Nya ;
#tidakkah
Dia telah menjadikan yakni ; ALLAH SWT telah menjadikan rancangan jahat mereka
untuk merobohkan Kaabah itu dalam kesesatan , yakni ; kerugian, kegagalan dan
kemusnahan?
#Dia
juga telah menghantarkan ke atas mereka burung-burung yang berkumpulan.
#yang
melontarkan mereka dengan batu-batan dari tanah yang dimasak. Dimasak di sini
bermaksud – tanah yang telah dibakar dengan api Neraka Jahanam. Batu batan
itulah yang dihujankan ke atas kaum Nabi Luth as. Kenapa ALLAH membinasakan
mereka menggunakan batu bata? Kerana, Tentera Bergajah mahu meruntuhkan Kaabah
yang dibina dengan batu batan, maka sesuailah mereka dibinasakan dengan batu
batan.
#lalu
ALLAH menjadikan mereka hancur musnah seperti daun tanaman yang dimakan ,
dipijak dan dimusnahkan oleh binatang. Maksudnya ;
ALLAH
SWT membinasakan mereka semua. Setiap orang daripada mereka telah dibinasakan
daripada batu batan yang sudah tertera namanya. Batu itu lebih besar dari biji
kacang dal, lebih kecil daripada biji kacang himmash. Batu itu menembusi topi
besi tentera, badannya dan gajah yang ditunggangnya sampai ke tanah.
YaALLAH.
Maha Suci Engkau =’)
Sungguh,
banyak yang kita patut dapat dari surah ini. Aku tinggalkan segala-galanya
untuk dirimu sendiri menyelongkar.
Wassalam.
=’)
Let’s
mengislahkan diri =)
No comments:
Post a Comment