Tuesday, 5 February 2013

al-Fil (Gajah)


Assalamualaikum pembuka bicara
Semoga kita semua dalam redhaNYA.

Kali ini terdetik di hati saya untuk share terjemahan Surah Al-Fil.
Kenapa surah ni? sebab, sungguh surah ini membuktikan pada kita kekuasaan ALLAH.
Tak perlu cakap banyak. Jom cari ilmu! =)
SURAH AL-FIL.
Surah yang mulia ini adalah sebuah surah Makkiyyah, dan terdiri daripada 5 ayat.


Dan, maksudnya secara kasar ialah :


Alhamdulillah.
Sekarang, mari kita bedah maksud satu persatu! Semoga kita semua beroleh ilmu yang bermanfaat dari ayat-ayat ini . in shaa ALLAH.

bismillahirahmanirahim
#Aku mulakan dengan nama ALLAH yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.







#Tidakkah kamu wahai Muhammad SAW, melihat, yakni; mengetahui, bagaimana Tuhanmu telah melakukan dan bertindak terhadap pemilik-pemilik gajah, iaitu angkatan tentera bergajah?
Pertanyaan ini bertujuan untuk menimbulkan rasa kagum. Maksudnya : kagumlah, wahai Muhammad SAW, dengan tindakan Tuhanmu terhadap mereka. Gajah tersebut bernama Mahmud. Pemilik-pemiliknya ialah Abrahah, Raja Yaman dan bala tenteranya. Abrahah telah membina sebuah gereja di Son’aa untuk memalingkan orang haji dari Mekah ke gereja itu. Kemudian seorang lelaki daripada kabilah Kinanah telah membuang air di dalam gereja tersebut dan melumur tahinya pada kiblat gereja untuk menghinanya. Ekoran itu, Abrahah bersumpah akan meruntuhkan Kaabah. Lalu dia menuju ke Mekah bersama bala tenteranya menaiki gajah-gajah yang dikepalai oleh gajah yang bernama Mahmud tersebut. Ketika mereka menghala ke arah Kaabah untuk meronbohkannya, ALLAH SWT mengutuskan ke atas mereka apa yang diceritakan-Nya dalam firman-Nya ;






#tidakkah Dia telah menjadikan yakni ; ALLAH SWT telah menjadikan rancangan jahat mereka untuk merobohkan Kaabah itu dalam kesesatan , yakni ; kerugian, kegagalan dan kemusnahan?







#Dia juga telah menghantarkan ke atas mereka burung-burung yang berkumpulan.





 #yang melontarkan mereka dengan batu-batan dari tanah yang dimasak. Dimasak di sini bermaksud – tanah yang telah dibakar dengan api Neraka Jahanam. Batu batan itulah yang dihujankan ke atas kaum Nabi Luth as. Kenapa ALLAH membinasakan mereka menggunakan batu bata? Kerana, Tentera Bergajah mahu meruntuhkan Kaabah yang dibina dengan batu batan, maka sesuailah mereka dibinasakan dengan batu batan.






#lalu ALLAH menjadikan mereka hancur musnah seperti daun tanaman yang dimakan , dipijak dan dimusnahkan oleh binatang. Maksudnya ;
ALLAH SWT membinasakan mereka semua. Setiap orang daripada mereka telah dibinasakan daripada batu batan yang sudah tertera namanya. Batu itu lebih besar dari biji kacang dal, lebih kecil daripada biji kacang himmash. Batu itu menembusi topi besi tentera, badannya dan gajah yang ditunggangnya sampai ke tanah.
YaALLAH. Maha Suci Engkau =’)
Sungguh, banyak yang kita patut dapat dari surah ini. Aku tinggalkan segala-galanya untuk dirimu sendiri menyelongkar.
Wassalam. =’)
Let’s mengislahkan diri =)